Nama : Syahidah Binti Mat Isa
Umur : 34 Tahun
Ahli : 2022

 

LATAR BELAKANG

Bermula dengan bekerja sepenuh masa menjadi kerani bagi perniaggan jualan bahan binaan. Walaubagaimanapun, beliau memilih untuk berhenti dan menjadi suri rumah sepenuh masa apabila telah berkahwin dan melahirkan tiga orang cahaya mata. Kini apabila anak - anak sudah meningkat besar dan bersekolah, beliau memulakan perniagaan secara sambilan dengan membuat perkhidmatan penyediaan surat dan dokumen pejabat.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Apabila lama meninggalkan pekerjaan, kemahiran koomputer makin berkurang dan ketiadaan peranti yang sesuai menyukarkan lagi beliau untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Dengan bantuan dari PEDi, beliau kerap hadir bagi meningkatkan kemahiran Microsoft Office dengan tunjuk ajar dari petugas. Beliau juga belajar untuk memohon lesen perniagaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi menyediakan perkhidmatan perbaharui lesen SSM sebagai salah satu aktiviti perniagaan beliau.

 

1 2

Nama  : Harun Bin Che Man
Umur : 51 Tahun 
Ahli : 2014

 

LATAR BELAKANG

Merupakan seorang usahawan dalam menjalankan perniagaan baja, tapak semaian dan kontraktor pendawaian. Bekerja sebagai seorang kontraktor adalah secara sampingan sebelum turut menceburi bidang pertanian bagi menambah pendapatan.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Dalam kedua-dua perniagaan, beliau acap kali mempunyai masalah dari segi penyimpanan dokumen dan rekod wang keluar masuk. Hal ini menyebabkan, beliau gagal untuk mengembangkan perniagaan dan merebut peluang perniagaan yang ada.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Dengan bantuan dari PEDi, beliau belajar untuk membuat salinan setiap dokumen perniagaan dan berjaya menyimpan rekod dengan lebih teliti dengan menggunakan aplikasi Microsoft Excel. Beliau juga meperlajari kelebihan internet terutama dalam urus niaga jualan. Beliau menggunakan Shopee yang diperlajari dari kelas anjuran PEDi untuk meluaskan perniagaan ke negeri lain dan berjaya mendapatkan sambutan yang tinggi.

 

 5 6

Nama  : Nur Faizah Alya Binti Mad Raos
Umur  : 16 Tahun
Ahli : 2018

 

LATAR BELAKANG

Nur Faizah Alya anak jati Negeri Sembilan yang berasal dari Sendayan tetapi menetap di Taman Bahau kini seorang pelajar Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Bahau. Adik Faizah merupakan anak terakhir daripada 7 orang adik beradik.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDI

Mempunyai adik beradik yang ramai menyebabkan masa terluang banyak dihabiskan di rumah bermain bersama-sama adik beradik yang lain. Kurangnya pendedahan digital dan ICT akibat kekangan kewangan bagi menampung kos pendidikan yang tinggi.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDI

Namun apabila umur makin meningkat, abang dan kakak mula memasuki universiti meninggalkan adik Faizah seorang diri bersama kedua-dua ibu bapa di rumah. Oleh itu, dia kerap menghabiskan masa ke PEDi Taman Desa Puteri bagi mengasah kemahiran komputer dan menyiapkan tugasan sekolah. Kini dia dilantik sebagai Setiausaha Kelab Rekreasi dan Pelancongan di Sek. Men. Keb. Bahau.

 

3 4

Nama : Anas Iskandar Bin Mohd Anuar
Umur : 12 Tahun
Ahli : 2019

 

LATAR BELAKANG

Adik Anas Iskandar merupakan anak sulung daripada tiga orang adik beradik. Beliau bersekolah di Sekolah St. Aidan dan mempunyai kemahiran komputer yang asas kerana ketiadaan komputer dirumah. Setiap minggu adik Anas akan hadir ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Desa Puteri untuk menyertai kelas etuisyen.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Kurangnya pendedahan dengan kelebihan yang boleh dimanfaatkan melalui pengunaan teknologi masa kini. Hal ini menyebabkan adik Anas terpaksa menanggung kos perjalanan bagi hadir ke perpustakaan awam dan kadangkala, dia tidak dapat menyiapkan kerja sekolah dengan sempurna kerana kekurangan maklumat dan informasi yang berkaitan.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Adik Anas berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) dan Penilaian Tahun 6 atas usaha menyertai kelas tuisyen atas talian anjuran PEDi.

 

cit CIT2

Nama : Gunavathy A/P Anthony
Umur : 31 Tahun
Ahli : 2020

 

LATAR BELAKANG

Gunavathy menetap di Taman Desa Puteri selepas berkahwin. Mempunyai 2 orang anak yang masih bersekolah rendah memerlukan Gunavathy untuk mempunyai asas komputer bagi membantu anak terutama ketika Pendidikan dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Sebelum adanya penularan wabak Covid 19, Gunavathy jarang menjejakkan kaki ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) kerana tiada alasan untuk berbuat demikian lebih-lebih lagi, anak-anaknya melalui fasa persekolahan secara bersemuka.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Namun apabila berlakunya perubahan dalam persekolahan anak-anak, PEDi menjadi tempat untuk dia mengikuti kursus dan kelas online, carian maklumat dan melayari internet. Peningkatan dalam kemahiran mengguna komputer menyebabkan beliau dilantik sebagai setiausaha Persatuan Tamil Methodist Church Bahau.

 

1 2