Nama : Syahidah Binti Mat Isa
Umur : 34 Tahun
Ahli : 2022

 

LATAR BELAKANG

Bermula dengan bekerja sepenuh masa menjadi kerani bagi perniaggan jualan bahan binaan. Walaubagaimanapun, beliau memilih untuk berhenti dan menjadi suri rumah sepenuh masa apabila telah berkahwin dan melahirkan tiga orang cahaya mata. Kini apabila anak - anak sudah meningkat besar dan bersekolah, beliau memulakan perniagaan secara sambilan dengan membuat perkhidmatan penyediaan surat dan dokumen pejabat.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Apabila lama meninggalkan pekerjaan, kemahiran koomputer makin berkurang dan ketiadaan peranti yang sesuai menyukarkan lagi beliau untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Dengan bantuan dari PEDi, beliau kerap hadir bagi meningkatkan kemahiran Microsoft Office dengan tunjuk ajar dari petugas. Beliau juga belajar untuk memohon lesen perniagaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi menyediakan perkhidmatan perbaharui lesen SSM sebagai salah satu aktiviti perniagaan beliau.

 

1 2