Bukit Taisho yang terletak 5km atau 10 minit dari Pekan Bahau, Jempol sememangnya menjadi tumpuan buat orang awam melakukan aktiviti riadah di hujung minggu khususnya. Dengan ketinggian lebih kurang700 meter serta serta jarak lebih kurang 1.7km (30 minit) untuk sampai ke puncak sememangnya sesuai bagi mereka yang ingin berjinak-jinak untuk mendaki. Kawasan bukit ini ialah kawasan ladang kelapa sawit di mana hampir keseluruhan denainya adalah laluan kenderaan untuk mengangkat buah kelapa sawit. Boleh dikatakan tahap kesukaran mendaki bukit ini ialah mudah buat pedaki amatur. Jadi ia sesuai didaki oleh semua golongan masyarakat yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat.


awankarpetbukittaisho 02 awankarpetbukittaisho 03 awankarpetbukittaisho 08

awankarpetbukittaisho 09 awankarpetbukittaisho 15 awankarpetbukittaisho mukadepan-696x348

 

SEJARAH DISEBALIK BUKIT TAISHO

Menurut cerita terdahulu, Bukit Taisho ini mempunyai kaitannya dengan sejarah Bahau itu sendiri. Terdapat lagenda menarik tentang Bahau sewaktu dalam jajahan British dahulu. Bandar ini sangat kaya dan makmur dan kebanyakan penduduknya menjadi jutawan kerana pelbagai aktiviti termasuklah memenangi loteri yang berjumlah berjuta ringgit. Kemakmuran Bahau menimbulkan rasa iri hati orang-orang Inggeris. Maka mereka mula menyiasat faktor kemakmuran bandar ini. Hasil dari siasatan, mereka mendapati banjaran bukit yang menjadi tulang-belakang bandar ini adalah berbentuk Naga yang gagah dan berkuasa dikenali sebagai Bukit Taiso. Mereka juga turut mempercayai Feng-Shui dan yakin bahawa bukit Taisolah yang mendorong kemakmuran bandar ini. Bagi menyekat kemakmuran Bahau, maka penjajah British menggunakan nama pembangunan untuk meratakan bukit di bahagian kepala naga tersebut dan membina sebuah petempatan estet untuk tujuan pertanian. Untuk memastikan kuasa mereka tidak tergugat, mereka telah menanam sebatang tiang besi sepanjang beratus-ratus kaki ke bahagian tulang belakang naga tersebut. Keadaan ini bolehlah kita gambarkan seolah-olah seekor naga yang dipaku tulang belakangnya di muka bumi ini dan membataskan pergerakan naga tersebut. Tidak cukup dengan itu mereka mendirikan balai polis di bahagian perut naga tersebut. Mengikut ‘Feng-Shui’ masyarakat Cina, kuasa yang dipunyai oleh Balai Polis mampu menundukkan kuasa naga. Dikatakan juga di puncak bukit tersebut, masih tertanam kuat sebatang tiang besi di atas puncak bukit. Samada cerita ini adalah hanya mitos atau kebenaran, tiada siapa yang dapat memberi kepastian. Tiang besi yang dikatakan ditanam di puncak bukit tersebut juga tidak dijumpai hingga sekarang.

bukit taisho 1 bukit taisho 2
26167807 2028885957395692 6707314733113976662 n 25289435 2017496065201348 8551068089822826507 n