2-a8537bcfa0 8-d783fc73bc

3-6c3d98c81a 1-ad7264ac37

Taman Eko Rimba De Bana terletak di Hutan Simpan Pasoh dan hanya 18 km dari Bandar Baru Serting jika melalui Bahau atau 96km jika dari Seremban. Lokasi Taman Eko Rimba De Bana juga berhampiran dengan dua perkampungan asli iaitu Kg Sg Sampo dan Kg Sg Lot. Terdapat pelbagai flora dan pokok herba seperti orkid liar, tongkat ali dan kacip fatimah. 

Antara kemudahan yang terdapat disini adalah tandas, surau, tapak perkhemahan, tempat letak kenderaan, pelantar dan juga wakaf. Disini para pengunjung boleh melakukan aktiviti berkhemah, berkelah, merentas denai atau meredah bukit.

Alamat : Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Timur, Kompleks Pentadbiran Kuala Pilah, 72000 Kuala Pilah, N.Sembilan

Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

No. Tel : 06-4811036

Sumber : Laman Web Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan.

3 2 1

 

NS Dairy Farm Sdn Bhd yang berkeluasan 120.2 ekar, terletak di Rembang Panas, Juasseh, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan merupakan syarikat yang diasaskan oleh anak kelahiran Kampung Terachi iaitu Dato' Mohd Nor Abdul Wahid. Beliau mula berkecimpung dalam bidang perbankan dan juga menerajui pelbagai syarikat namun pengalaman beliau dalam membantu ibu bapa dalam penternakan sejak kecil sehingga kini menyebabkan beliau menubuhkan N.S Dairy Farm. 

Lembu yang diternak adalah seperti lembu tenusu baka bermutu Jersey / Jersey Fresian dari Australia yang mula dibawa masuk secara beransur-ansur sejak September 2008 dan pengeluaran susu bermula awal tahun 2009. Pengeluaran susu yang bertambah menyebabkan beliau mendirikan sebuah kilang di ladang untuk menghasilkan susu segar yang berkualiti untuk dijual di pasaran tempatan. 

Antara produk yang dikeluarkan N.S Dairy Farm adalah produk tenusu, lembu - lembu baka/fitlot penjantan, betina dari baka Jersey/Jersey Fresian dan juga kambing Boer. Pada April 2010, NS Dairy Farm menjadi usahawan bimbingan MARDI dan pada tahun 2015, menjadi Ladang Kluster tenusu yang dilantik oleh Jabatan Perkhidmatan Vaterinar Malaysia. 

Kini NS Dairy Farm melebarkan sayapnya ke dalam bidang eco tourism berasas ladang ternakan ternusu dan mempunyai kapasiti ternakan berjumlah hampir 500 ekor.

Alamat : No. 3720, Padang Ragut, Rembang Panas, Juasseh, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Masa Beroperasi : Isnin hingga Ahad, 9.00 pagi - 5.00 Petang

Waze : S.R.K Rembang Panas

43641638 271412356820609 3796889439150538752 n  43537943 271412480153930 5761059085478789120 n  43599477 271412376820607 1204314430435753984 n 
 43604409 271412623487249 3968601651824033792 n  43648561 271412576820587 2985719117941571584 n  43586871 271412546820590 1015060003662331904 n

 

Kuala Pilah Lagi!
Memang hebat Kuala Pilah ni. Banyak betul tempat peranginannya.Bagi mereka yang suka suasana kampung yang damai dan menyegarkan. Laman Tamara adalah satu lagi tempat percutian sekeluarga.

Lokasi terletak di No 62, Kampung Sikai, Gunung Pasir, Seri Menanti NS.Homestay ini terletak di hadapan jalan besar sahaja. Di sini memang anda akan merasai suasana kg yang original. Kalau malamnya pula memang terasa sojuk dan nyaman. Kita boleh terdengar bunyi unggas - unggas disekeliling. Kereto atau kenderaan yang lalui kat sini pun buleh dibilang. Jauh dari hiruk pikuk kotaraya. Rindunya..... suasana kampung ni..

Sebenarnya rumah kg ini telah diupgrade ala - ala resort. Sangat cantik dan bersih. Yang best ada kolam renang. Buleh mandi sampai muak. Manakala yang suka memancing, kolam pancing juga di sediakan berhadapan rumah tersebut. Ada lampan,talapia dan keli.Laman pun besar, boleh buat macam - macam aktiviti outdoor. Nak masak pun buleh kerana peralatan dapo disediakan sekali.... Lagi best. Leh makan sama - sama. Malamnya leh buek BBQ..lepak2 ngan family mahupun kengkawan.

Kat situ juga ada jeram Batang Pilah. Cuma 7 minit sahaja masa diambil untuk ke jeram tersebut. Air Jeram pulak memang best. Bagi org luar pula.. mgkn tertanya2 apa yg menarik di sekitar kuala Pilah. Nak tahu tempat2 menarik di Kuala Pilah selain Istana Seri Menanti, dan deretan kedai emas yg murah2.. anda juga boleh scroll post2 admin yg lama2.

Berminat boleh hubungi Puan Siti Jamilah di talian 013-363 1516. Owner yg sangat peramah.

Harga dlm RM500 -RM600. 
Ada 5 bilik dan 3 bilik air.

 

*ADMIN - Dahulu Gunung Pasir memang terkenal dengan port lambakan buah durian, manggis, langsat dan rambutan. Zaman admin kanak - kanak dahulu sure balik Gunung Pasir time musim buah. Berjual bagai. Balik naik bas SKM( Syarikat Kenderaan Melayu - warna Biru). Bas jenama TATA.

MUZIUM TENTERA

Muzium-Tentera-Negeri-Sembilan 

 

Kalau anda nak tahu, Port Dickson sebenarnya turut dikenali sebagai Bandar Tentera Darat kerana di sinilah ramai tentera darat telah dilantik dan dilatih di Pusat Latihan Asas Tentera Darat, dekat sahaja dengan kawasan ini terletaknya Muzium Tentera yang memanggil-manggil untuk dilawati. Muzium ini pernah memenangi banyak anugerah, salah satunya adalah Anugerah Merit Pelancongan Malaysia pada tahun 2007 dan 2008.

Mesti ada sebab kenapa ia menerima anugerah kan? Muzium tentara ni bukan setakat menempatkan kereta kebal atau jet ya, sekali masuk sedar tak sedar, dah lebih dua jam. Yang menariknya tentang Muzium Tentera ni adalah pamerannya yang agak realistik dan meluas berkenaan ketenteraan, antaranya adalah segmen Kampung Ikhtiar Hidup yang menempatkan replika kawasan kampung yang ditanami banyak tumbuhan yang digunakan semasa dalam keadaan peperangan.

Seterusnya adalah segmen Terowong PKM yang menempatkan replika terowong yang memberikan anda dan keluarga pengalaman melihat dan merasai bagaimana peperangan antara askar Melayu dan komunis berlaku dan banyak lagi. Menarik kan?

Waktu Operasi: Rabu – Ahad (10.00am – 5.00pm)

Bayaran Masuk: Percuma

Alamat: Muzium Tentera Darat, Kem Si Rusa, Persiaran Pahlawan, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

1 2 3

SEJARAH PENUBUHAN

Hasrat untuk menubuhkan memorial khas untuk Pendeta Za'ba telah lama berada dalam pemikiran Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS), Dato' Seri Utama Tan Sri A. Samad Idris. Bagaimanapun dalam kesibukan waktu, idea itu tertinggal begitu sahaja tetapi dibangkitkan semula pada tahun 1995 sempena satu abad kelahiran Za'ba. Hasrat murni itu disampaikan kepada Y.A.B. Menteri Besar, Dato' Seri Utama Tan Sri Haji Mohd. Isa bin Dato' Haji Abdul Samad dan 'gayung dihulur' disambut baik oleh pucuk pimpinan negeri yang cukup dikenali kerana keprihatinannya terhadap sumbangan tokoh berjasa.


Selain penglibatan langsung Dato' Haji Lillah Haji Yassin (Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan), Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri; usaha ini turut mendapat sokongan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Maktab Melayu Kuala Kangsar, Dewan Bahasa dan Pustaka, Arkib Negara Malaysia, Jabatan Muzium dan Antikuiti serta Jabatan Kerja Raya yang dipertanggungjawabkan mengurus pembinaan bangunan yang diberi nama Teratak Za'ba ini.


Akhirnya Teratak Za'ba telah berjaya disiapkan dan telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Tan Sri Hj. Mohd Isa bin Dato' Hj. Abdul Samad pada 5 Februari 2001. Bermula pada tarikh itu Teratak Za'ba telah dibuka kepada orang ramai sebagai salah satu produk dan kawasan pelancongan yang berunsurkan pendidikan di Negeri Sembilan. Bahan utama bangunan ini diperbuat daripada Kayu Cengkal (penak) dan reka bentuknya masih bercirikan Rumah Tradisional Negeri Sembilan. Antara ciri-ciri pertukangan melayu di bangunan ini ialah Tupai-tupai, Tabir Layar, Kisi-kisi, Anjung Serambi, pelantar dan penyambungannya menggunakan tanggam dan pasak.

Pameran Teratak Za'ba

BIBLIOGRAFI

Di ruangan ini pelawat boleh membaca sendiri perjalanan hidup Za'ba dengan lebih terperinci mengikut susunan tahun. Dari beliau baru dilahirkan, memasuki alam persekolahan, pekerjaan hinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Za'ba atau Zainal Abidin bin Ahmad bin Ibrahim bin Hj Ahmad bin Hj Amil telah dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan.

PERIBADI

Ruang ini memaparkan ruang peribadi dan minat Za'ba dalam bidang penulisan dan seni. Beliau banyak menghasilkan buku-buku bacaan ketika bertugas sebagai penterjemah di pejabat karang-mengarang MPSI, Tanjung Malim. Mesin taip yang ada adalah contoh mesin taip yang digunakan semasa bertugas di sana. Peti nyanyi yang ada menunjukkan bahawa Za'ba amat meminati seni.

Meja dan kerusi dari kayu asli adalah yang digunakan oleh Za'ba. Ruang ini cukup segar dan memang sesuai dengan identitinya sebagai ruang peribadi Za'ba.

PAKAIAN

Sudut ini memaparkan pakaian-pakaian pada zaman Pendeta Za'ba dahulu. Dari segi berpakaian, Za'ba merupakan seorang yang ringkas. Beliau lebih memandang kepada keselesaan, tetapi bagi beliau berpakaian mempunyai dua aspek penting. Yang pertama ialah pakaian di kepala dan kedua ialah pakaian di badan.

Yang dimaksudkan dengan pakaian di kepala ialah bagi seorang lelaki melayu ia haruslah memakai songkok apabila memakai baju melayu, apabila ia hendak sembahyang dan semasa makan. Bagi seorang wanita Islam pula, setiap helai rambut hendaklah ditutup dengan tudung sesuai dengan tuntutan agama. Pakaian pada badan pula ialah pakaian yang dianggap bersopan santun dan melambangkan adat orang timur. Pakaian tersebut pada dasarnya hendaklah menutup aurat sesuai dengan bentuk dan saiz badan.

Nyata Za'ba juga gemar mengenakan baju putih ala Inggeris terutamanya pakaian begini memang menjadi pakaian rasmi. Ini menunjukkan bahawa pengaruh Inggeris merupakan satu faktor utama dalam setiap aspek khasnya pakaian.

SUDUT UMUM

Ruangan ini mempamerkan barangan antik dan dijadikan contoh barangan yang digunakan oleh Pendeta Za'ba di mana barang-barang ini adalah barangan antik yang wujud sezaman dengan Za'ba. Antaranya adalah jam dinding, jam tangan berkunci, mesin taip, almari kayu, cermin mata dan tongkat. Semua barang-barang ini masih boleh digunakan sehingga ke hari ini.

Memang tidak dinafikan barang-barang yang dihasilkan pada masa dahulu mempunyai nilai ketahanan yang tinggi kerana bahan buatannya adalah asli dan tidak banyak bahan campuran. Almari kayu yang dipertontonkan adalah almari yang digunakan untuk menyimpan buku-buku oleh Za'ba suatu ketika dahulu. Ruangan ini agak terhad namun rekabentuk dalamannya cukup untuk menggambarkan suasana rumah Za'ba pada zaman dahulu.

MULTIMEDIA DAN PERPUSTAKAAN

Turut disediakan di ruangan ini adalah bahan-bahan multimedia seperti risalah dan cakera padat mengenai kehidupan, aktiviti penulisan Za'ba dan juga buku-buku mengenai Za'ba. Di sudut ini pengunjung boleh menggunakan kiosk untuk melihat maklumat-maklumat mengenai Za'ba dan melalui VCD yang dihasilkan. Selain dari itu, pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat melalui pembacaan buku yang dipamerkan. Antara buku-buku yang boleh diperolehi adalah Gema Serunai Hati 6 dan Pengkisahan Sejarah Za'ba. Manakala VCD yang dihasilkan adalah Permata Di Bumi Perpatih dan Bahasa dan Sastera.

 

HUTAN LIPUR SERTING ULU

hutan lipur serting ulu

Hutan Lipur Serting Ulu adalah salah satu tempat menarik yang sering diperkatakan oleh penduduk tempatan Jempol. Ia terletak di bahagian utara kira-kira 20 km dari Bahau. Kawasan ini mula dimajukan pada tahun 1986, setelah ia ditemui sejak seratus tahun lalu. Jalan masuk ke Hutan Lipur ini agak sempit dan membenarkan hanya sebuah kereta untuk melaluinya sahaja.

Setelah menempuhi perjalanan lebih kurang dua kilometer, kawasan hutan yang dijaga dengan rapi akan dapat dilihat. Keriuhan suara kanak-kanak bermain dan bunyi aliran air sungai beriringan seperti menyambut kedatangan pengunjung, bagi menggantikan kebingitan dan kesibukan kota. Terdapat satu projek membina chalet yang sedang giat dijalankankan  bagi memastikan dapat memenuhi kehendak pengunjung yang teringin bermalam di kawasan ini.

Kawasan hutan tersebut bersih, tiada sampah-sarap seperti di kebanyakan kawasan rekreasi lain. Satu lagi perkara menarik yang boleh dilihat ialah papan tanda yang melarang pengunjung membawa makanan yang tidak halal ke kawasan ini. Menurut penduduk kawasan ini, Hutan Lipur ini turut didiami oleh masyarakat 'orang bunian' yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Untuk menghormati kewujudan masyarakat ini, maka pihak perhutanan membina papan tanda melarang membawa makanan yang tidak halal. 
Pada waktu ini anda akan dapat menghidu kesegaran udara bersih.  Untuk memasuki kawasan ini, anda perlu mendaki sedikit bukit terlebih dahulu. Sudah tentu anda akan mengakui inilah tempat yang tepat untuk merehatkan diri dan fikiran anda. Perkara yang pertama yang anda ingin lakukan mungkin merendamkan kaki anda di dalam air sungai yang sedang mengalir. Urutan batu-batu kecil dan kesejukan air yang mengalir pastinya dapat menghilangkan kepenatan memandu ke tempat ini. Terdapat sebuah jambatan gantung yang dibina untuk menghubungkan dua buah  bukit di sini.

Anda juga akan menemui pelbagai  spesis pokok yang telahpun dilabelkan oleh pihak yang terlibat sebagai salah satu cara pembelajaran tidak formal. Tempat ini juga mempunyai nilai sejarah yang tidak boleh kita ketepikan. Kawasan ini pernah menjadi medan tempur antara pihak Komunis dan Jepun. Untuk pengetahuan anda, di belakang papan tanda Hutan Lipur Serting Ulu, masih terdapat satu lubang kesan dari pengeboman askar Jepun ke atas Komunis berpuluh tahun yang lalu. Selain itu, terdapat sebuah terowong yang merupakan laluan rahsia pihak Komunis untuk melarikan diri. Kajian pihak perhutanan mendapati terowong tersebut berakhir di Jeram Tengkek, Pasir Besar. Malah beberapa perkakasan memasak seperti periuk dan pinggan serta  beberapa barang lain seperti lampu, meja, mesin jahit turut ditemui di sini.  Namun begitu  anda perlu mendaki beberapa buah bukit dan gunung untuk menemui terowong ini.

Bagi penggemar sukan lasak, Hutan Rekreasi Serting Ulu menawarkan tempat untuk berkhemah dan mendaki. Anda juga boleh meneroka terowong ini jika benar-benar inginkan cabaran. Keindahan tempat ini pastinya menjadi faktor utama untuk anda kembali lagi.

TAMAN REKREASI JERAM TENGKEK

Hutan lipur ini terletak di Hutan Simpan Serting iaitu kira-kira 30 minit dari pekan Batu Kikir. Hutan Dipterokarp Pamah ini kaya dengan pelbagai jenis tumbuhan dan landskap batu-batan yang pelbagai bentuk. Sungai Jempol dan Sungai Tanun mengalir membentuk jeram semulajadi yang sesuai untuk aktiviti berkelah. Disamping itu, di sini juga terdapat perkampungan Orang Asli untuk dilawati.

01 02 03

TAMAN REAKREASI BAHAU

taman-reakreasi 19424558 1516869035032335 7214541261840839762 n 19510673 1516869078365664 8753905237993823915 n

Taman rekreasi ini terletak ditengah-tengah Bahau. Ia merupakan kawasan yang menjadi tumpuan utama penduduk tempatan untuk menjalankan aktiviti riadah pada waktu pagi mahupun petang seperti tai chi, jogging dan bersiar-siar. Taman ini sesuai dijadikan tempat untuk beriadah bersama keluaga.