Taman Eko Rimba De Bana terletak di Hutan Simpan Pasoh dan hanya 18 km dari Bandar Baru Serting jika melalui Bahau atau 96km jika dari Seremban. Lokasi Taman Eko Rimba De Bana juga berhampiran dengan dua perkampungan asli iaitu Kg Sg Sampo dan Kg Sg Lot. Terdapat pelbagai flora dan pokok herba seperti orkid liar, tongkat ali dan kacip fatimah.
Antara kemudahan yang terdapat disini adalah tandas, surau, tapak perkhemahan, tempat letak kenderaan, pelantar dan juga wakaf. Disini para pengunjung boleh melakukan aktiviti berkhemah, berkelah, merentas denai atau meredah bukit.
Alamat : Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Timur, Kompleks Pentadbiran Kuala Pilah, 72000 Kuala Pilah, N.Sembilan
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
No. Tel : 06-4811036
Sumber : Laman Web Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan.