JIRAN WANITA KRT TAMAN DESA PUTERI

Pengenalan

Jiran Wanita merupakan salah satu cawangan di bawah Jawatankuasa Rukun Tetangga. Cawangan tersebut mula diwujudkan pada tahun 1983, ia merupakan sayap kanan kepada Jawatankuasa Rukun Tetangga untuk memperbanyak dan mempelbagaikan aktiviti khususnya bagi wanita dalam Kawasan Rukun Tetangga

Latar Belakang

Kaum wanita dewasa ini mampu bergiat cergas dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Justeru itu adalah penting satu jentera seperti Jawatankuasa Jiran Wanita di wujudkan di setiap Kawasan Rukun Tetangga agar kaum wanita dapat menyalurkan segala potensi dan tenaga mereka untuk meluaskan dan mempelbagaikan aktiviti-aktiviti yang memupuk semangat kejiranan dan perpaduan seta program-program pembangunan komuniti selaras dengan objektif Rukun Tetangga. Teras Konsep Jiran Wanita ialah kaum wanita akan merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti bagi faedah kaum wanita khasnya dan masyarakat amnya.

Tujuan

Jiran Wanita di wujudkan dengan tujuan:

i) Untuk membantu usaha Jawatankuasa Rukun Tetangga mempelbagaikan dan
   membanyakkan aktiviti dalam Kawasan Rukun Tetangga.
ii) Untuk merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti khusus bagi kaum wanita dengan
    tujuan melibatkan lebih ramai wanita di Kawasan Rukun Tetangga dalam aktiviti
    aktiviti pembangunan komuniti bagi membawa kesan kepada proses pemupukan
    semangat kejiranan di kalangan penduduk setempat.
 
 
    Peranan Jiran Tetangga Wanita
Peranan Jiran Tetangga Wanita adalah seperti berikut:
i)       Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan khusus bagi wanita serta meramaikan penglibatan wanita di dalam aktiviti Rukun Tetangga
ii)       Membantu Jawatankuasa Rukun Tetangga melaksanakan aktiviti-aktiviti kejiranan untuk memastikan semangat kejiranan di kalangan penduduk tempatan tidak terjejas.
iii)      Mengadakan projek yang boleh mengukuhkan dana Rukun untuk membiayai aktiviti-aktiviti Jiran Wanita.
iv)     Menangani masalah-masalah social di kawasan Rukun Tetangga seperti penagih dadah, aktiviti jenayah dikalangan remaja, masalah ibu tunggal dan seumpamanya.
v)       Membantu menyebarkan Dasar-Dasar Kerajaan dan Projek-Projek Kerajaan kepada penduduk tempatan.
 
     Aktiviti Yang Telah Dijalankan
     i. Program Sumbangan Kepada Warga Emas 
  
12654524 1114908261866535 5991679303904802237 n 12647299 1114908401866521 8236657835076747046 n
12642607 1114908318533196 1070499443142097619 n 12661821 1114908635199831 8977834505782826337 n

ii. Program Senaman Perdana Komuniti Taman Desa Puteri

      

banner 12742408 1124407830916578 5609561830368330164 n 
12745976 1124408390916522 7479292164061320531 n 12743604 1124408804249814 516207011463387751 n
12745680 1124410300916331 1568486482397941805 n 12734236 1124408257583202 1480646658778430806 n

        

INFO BARAH PAYUDARA PEMBUNUH NO 1 WANITA..

Penyakit barah payudara merupakan barah tisu payudara / buah dada. Di seluruh dunia, ia merupakan penyakit barah paling meluas di kalanganwanita, menyerang sekitar 10% semua wanita pada semua peringkat umur di dunia Barat. Walaupun usaha meluas dijalankan bagi pengesanan awal dan rawatan berkesan, sekitar 20% wanita dengan barah payudara akan meninggal disebabkan penyakit tersebut, dan ia merupakan bentuk barah kedua yang mengakibatkan kematian tertinggi bagi wanita. Kajian Kementerian KesihatanMalaysiapula menunjukkan kira-kira 94% kes yang dirawat di hospital kerajaan sudah ditahap paling kritikal dan sukar dipulihkan dan kemungkinannya membawa maut. Ada diantara puncanya adalah disebabkan pesakit lebih suka mendapatkan rawatan tradisi dan hanya bersetuju mendapatkan rawatan klinikal apabila sudah parah. Ini berbeza dengan negara maju di mana statistik di negara maju menunjukkan 80 hingga 85 peratus pesakit kanser payudara dapat menjalani kehidupan biasa setelah menjalani rawatan awal, berbanding hanya 58 peratus di Malaysia.

CARA MENGESAN BARAH PAYUDARA.

Pemeriksaan payudara diribagi mengesan kehadiran benjol pada payudara perlu dilakukan sendiri setiap bulan, iaitu pada tiga atau empat hari selepas haid. Jika didapati ada perubahan pada buah dada, segera berjumpa doktor.

Antara perubahan itu ialah kulit menjadi kasar, wujud nodus (benjol keras), penterbalikan puting atau kulit, kulit berkedut dan menjadi merah, keluar cecair gelap atau darah dari puting atau nodus limpa di bawah ketiak membengkak.

“Ujian pemeriksaan barah dilakukan secara manual (tangan) dan mamogram hanya untuk wanita berusia 40 tahun ke atas. Bagaimanapun,wanita yang mempunyai sejarah keluargamenghidapipenyakit barah payudaraperlu menjalani ujian mamogram lebih awal, iaitu pada usia 35 tahun.

Usah takut untuk jalani pemeriksaan kesihatan, terutama wanita muda yang aktif melakukan hubungan seks. Ujian ini perlu dijalani sekurang-kurangnya setiap dua tahun sepanjang hayat walaupun usia mencecah 65 tahun.

Secara amnya wanita perlu menjalani tiga jenis pemeriksaan iaitu ujian barah payudara, ultra sound danujian lumuran Papsekurang-kurangnya dua tahun sekali.

CARA MEMERIKSA BENJOLAN DENGAN SENDIRI

Berdiri di hadapan cermin

  • Dengan mengangkat kedua-dua tangan ke atas kepala, pusing perlahan-lahan dari sisi kanan ke sisi kiri.
  • Cekak pinggang anda, tekan turun perlahan-lahan ke bawah untuk menegangkan otot dada dan menolak payudara anda ke hadapan. Perhatikan dengan teliti segala perubahan seperti saiz, bentuk dan kontur setiap payudara. Lihat sama ada terdapat kedutan, lekukan atau puting tersorot ke dalam.
  • Dengan perlahan-lahan, picit kedua-dua puting dan perhatikan jika terdapat lelehan keluar. Periksa sama ada lelehan tersebut kelihatan jernih atau mengandungi darah.

Berbaring

  • Untuk memeriksa payudara sebelah kanan, letakkan bantal di bawah bahu kanan dan tangan kanan diletakkan di belakang kepala. Tekan jari anda mendatar dan bergerak perlahan-lahan dalam bentuk bulatan kecil, bermula dari bahagian pangkal payudara. Selepas satu pusingan, bergerak 1 inci (2.5cm) ke arah puting. Lakukan putaran untuk memeriksa setiap bahagian payudara termasuk puting. Ulangi kaedah yang sama pada payudara sebelah kiri dengan meletakkan bantal di bawah bahu kiri dan tangan kiri diletakkan di belakang kepala. Cuba rasakan sama ada terdapat sebarang gumpalan di bawah dan di sepanjang atas tulang selangka.

Payudara 2   8-tanda-kanser-payudara

 

PENGESANAN AWAL MENYELAMAT NYAWA

       Kerajaan dalam pembentangan Dasar Bajet 2007, telah meluluskan permohonan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk memberi subsidi sebanyak RM50.00 bagi setiap ujian mamogram yang dijalankan oleh wanita di pusat-pusat mamogram swasta yang berdaftar dengan LPPKN.
      Program Subsidi Mamogram adalah satu langkah kerajaan untuk menggalakkan pengesanan awal kanser payudara. Ia ditujukan kepada wanita berumur 35 – 69 tahun. Tujuan pemberian subsidi ini adalah untuk menggalakkan wanita dalam kategori layak melakukan ujian mamogram bagi pengesanan awal kanser payudara.

        Wanita yang berminat boleh memohon melalui klinik-klinik Nur Sejahtera LPPKN di seluruh negara. Pemohon yang layak akan menjalani pemeriksaan payudara di klinik Nur Sejahtera LPPKN terlebih dahulu sebelum dirujuk untuk menjalani ujian mamogram.


KEISTIMEWAAN MASAKAN NEGERI SEMBILAN


Seperti yang kita telah sedia maklum, masakan dan makanan tradisional masyarakat Negeri Sembilan berbeza dengan negeri-negeri lain, sama ada lauk-pauk, kuih-muih mahupun air minuman. Bagi masyarakat Melayu Negeri Sembilan, masakan dan makanan mereka mempunyai cara pengadunan yang berbeza sehingga melahirkan citarasa yang cukup istimewa dan unik.


Aktiviti dan Kegiatan Hal Ehwal Wanita

•     Kegiatan Kemasyarakatan

 

•     Kegiatan Masa Lapang : Membuat Kraftangan (Tudung Saji)


SEJARAH BAJU KURUNG

Suatu yang sukar untuk dibuktikan dengan tepat tentang siapa yang mula-mula memakai baju kurung. Hal ini berlaku kerana baju kurung dalam bentuk asalnya telah lama dipakai oleh seluruh penduduk di Wilayah Nusantara.

Menurut Judi Achjadi dalam buku Pakaian Daerah Wanita Indonesia, menyatakan bahawa baju kurung diperkenalkan di Indonesia oleh pedagang-pedagang Islam dan India Barat. Baju ini mempunyai pengaruh Timur Tengah seperti potongan leher berbentuk 'tunik', iaitu bentuk leher yang mula-mula dipakai oleh orang Arab zaman silam

Zaman Kesultanan Melayu Melaka, penduduknya telah mempunyai pakaian mereka sendiri iaitu pakaian baju kurung Melayu asal. Baju kurung ini berkeadaan ketat dan singkat.Tun Hassan menjadi pelopor apabila beliau mengubahsuai bentuk baju kurung asal kepada bentuk baju melayu yang dipakai kini.

Menurut Dato Haji Muhammad Said Haji Sulaiman dalam buku 'Pakaian Patut Melayu', pakaian baju kurung sekarang berasal dari Johor semasa pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1800 di Teluk Belanga, Singapura.

Mengikut Mattiebelle Gettinger, baju kurung telah dipakai oleh penari istana di Palembang dan pakaian ini telah menjadi popular di Sumatera pada abad ke-20.


Ciri-ciri Baju Kurung Tradisional

Baju kurung tradisional berkeadaan longgar, bertangan panjang dan berpesak serta kembang dibahagian bawah.


Baju Kurung Teluk Belanga

Baju kurung Teluk Belanga mempunyai leher berbentuk bulat dan belahan di hadapan sepanjang lima inci. Pada keliling tebukan leher baju, dilapik dengan kain lain dan dijahit Lembat halus, manakala pada bahagian pinggir bulatan itu dijahitkan Tulang belut halus. Pada bahagian pangkal belahan dibuat tempat pengancing baju iaitu Rumah kancing dengan menggunakan jahitan benang yang dinamakan jahitan Insang pari.