SEJARAH JEMPOL

Asal mula nama Jempol ialah nama sebuah daerah di Negeri Sembilan yang beribu kota, Bahau. Sebelum bernama Jempol, daerah ini bernama Leban Condong atau Danau Rasau. Menurut cerita, Leban Condong diambil sempena nama seorang laki-laki yang merupakan orang pertama mendiami daerah ini. Sementara Danau Rasau adalah nama isteri Leban Condong yang berasal dari Minangkabau. Kemudian, masyarakat setempat telah menggantikan nama daerah ini menjadi Jempol.

Asal Mula Nama Jempol – Cerita Rakyat 

Alkisah, di sebuah daerah di Wilayah di Negeri Sembilan, hiduplah seorang Batin bernama Leban Condong yang telah bernikah dengan Danau Rasau iaitu perempuan cantik dari Daerah Minangkabau, Sumatera Barat. Setelah setahun menikah, mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Jempol yang diasuh dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang. 

Setelah dewasa, Jempol menjadi pemuda yang tampan dan gagah. Leban Condong berharap Si Jempol menjadi Pendekar Sakti apabila melihatkan kegagahan anaknya itu. Lalu, Leban Condong mengirim Jempol ke Perguruan Silat terkenal di daerah lain untuk belajar ilmu bela diri. 

Setelah beberapa tahun belajar ilmu silat, Jempol kembali ke kampung halamannya. Kini, ia telah menjadi seorang pendekar yang sakti. Beberapa pendekar telah menguji kesaktiannya, namun tidak ada sesiapapun dapat menandinginya. Ia pun menjadi terkenal sebagai pendekar yang sakti yang disegani dan tidak ada seorang pun yang berani mengusiknya. Disebabkan itu juga Jempol menjadi seorang yang angkuh sehingga dibenci oleh penduduk kampung. 

Di kampungnya itu, ada seorang gadis cantik dan baik perangainya yang bernama Melur. Setiap pemuda yang melihatnya pasti akan jatuh hati termasuk Jempol. Jempol berkeinginan untuk menjadikan Melur sebagai isterinya. Lalu Jempol bersama kedua orang tuanya pergi untuk meminang Melur kerana yakin akan diterima oleh kedua orang tua Melur. Malangnya, pinangan Jempol telah ditolak kerana mereka amat kenal sifat dan watak Jempol yang sombong dan angkuh itu. Jempol tidak dapat menerima tolakan pinangannya itu dan berasa marah dan tersinggung dengan keputusan itu. Lalu, Jempol menyimpan dendam terhadap keluarga Melur.

Keesokkan harinya, Melur pergi ke sawah untuk membantu kedua orang tuanya. Jempol telah menahan Melur dan mengancamnya. Melur telah memberitahu Jempol bahawa dia bukanlah lelaki yang baik untuk menjadi suaminya, yang membuatkan Jempol naik marah dan berniat jahat terhadap Melur untuk membalas dendam. Melur cuba untuk melepaskan diri dari Jempol, tetapi tidak berdaya lalu menyerah dan Jempol telah memperkosa Melur walaupun Melur memohon maaf. Melur telah merahsiakan perbuatan Jempol itu dari kedua orang tuanya. Namun, kedua orang tuanya mendesak Melur untuk memberitahu perkara sebenar. Lalu, Melur menceritakan keadaan sebenar. Namun, kedua orang tuanya tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak ingin mengambil risiko. 

3 bulan kemudian, perut Melur terlihat membesar dan membuatkan orang kampung tertanya-tanya siapa ayah anak yang dikandung Melur. Akhirnya rahsia terbongkar jua. Akibat tidak dapat menahan malu, Melur telah membunuh diri  dengan terjun ke dalam sungai. Peristiwa itu telah diketahui oleh Jempol tetapi langsung tidak menginsafkan dirinya. Malahan Jempol menjadi semakin teruk dan ramai anak gadis yang menjadi mangsanya.

Maka penduduk kampung telah berbincang untuk memusnahkan Si Jempol bagi menghentikan perbuatan terkutuknya itu. Oleh kerana Jempol mempunyai kuasa sakti, jadi penduduk kampung terpaksa memikirkan cara yang sesuai untuk menghapuskan Jempol. Jadi orang kampung telah sepakat untuk memasang bambu runcing di dasar sungai tempat Jempol berenang dan mandi.

Keesokan paginya, apabila Jempol melompat ke dalam sungai maka Jempol tertusuk bambu runcing tersebut. Air sungai tumpah berwarna merah tercampur darah Si Jempol. Apabila mayat dinaikkan ke tepi sungai, Si Jempol sudah tidak bernafas dan tubuhnya masih keluar darah. Kononnya, itulah sebab tanah di kawasan Jempol berwarna merah kerana terkena darah Si Jempol. 

Setelah itu, kampung tersebut kembali aman. Kedua orang tua Jempol pergi tinggalkan kampung itu, kerana tidak kuat tanggung malu. Untuk mengenang peristiwa itu, penduduk setempat telah ganti kampung itu menjadi “Kampung Jempol”. Kini, Jempol telah menjadi sebuah permukiman yang ramai penduduknya. Mereka tidak lagi takut melewati kawasan kuburan Jempol. Bahkan, tidak jauh dari makam itu dibangunkan masjid yang bernama Masjid Kariah Terentang.

SEJARAH PEKAN BAHAU

Pekan Bahau

Pekan Bahau

Bahau merupakan sebuah bandar yang terletak di dalam daerah JempolNegeri Sembilan. Ia terletak 11 km dari Bandar Seri Jempol dan 24 km dari Kuala Pilah. Kebanyakan penduduknya bekerja dalam sektor pertanian, diikuti sektor perkhidmatan dan perniagaan. Antara tempat yang menarik di sini ialah Teratak Za'ba.

Terdapat lagenda menarik tentang Bahau sewaktu dalam jajahan British dahulu. Bandar ini sangat kaya dan makmur dan kebanyakan penduduknya menjadi jutawan kerana pelbagai aktiviti termasuklah memenangi loteri yang berjumlah berjuta ringgit. Kemakmuran Bahau menimbulkan rasa iri hati orang-orang Inggeris. Maka mereka mula menyiasat faktor kemakmuran bandar ini. Hasil dari siasatan, mereka mendapati banjaran bukit yang menjadi tulang-belakang bandar ini adalah berbentuk naga yang gagah dan berkuasa dikenali sebagai Bukit Taiso. Mereka juga turut mempercayai Feng-Shui dan yakin bahawa bukit Taisolah yang mendorong kemakmuran bandar ini. Bagi menyekat kemakmuran Bahau, maka penjajah British menggunakan nama pembangunan untuk meratakan bukit di bahagian kepala naga tersebut dan membina sebuah petempatan estet dibina. Untuk memastikan kuasa mereka tidak tergugat, mereka telah menanam sebatang tiang besi sepanjang beratus-ratus kaki ke bahagian tulang belakang naga tersebut. Keadaan ini bolehlah kita gambarkan seolah-olah seekor naga yang dipaku tulang belakangnya di muka bumi ini dan membataskan pergerakan naga tersebut. Tidak cukup dengan itu mereka mendirikan balai polis di bahagian perut naga tersebut. Mengikut 'Feng-Shui' masyarakat Cina, kuasa yang dipunyai oleh Balai Polis mampu menundukkan kuasa naga. Samada cerita ini adalah hanya mitos atau kebenaran, tiada siapa yang dapat memberi kepastian. Namun begitu, di puncak bukit tersebut, masih tertanam kuat sebatang tiang besi di atas puncak bukit. Jika kita fikirkan secara logik, mengapa pihak British sanggup mengorbankan wang ringgit mereka malahan tenaga dan masa hanya untuk menanam sebatang tiang besi tanpa tujuan dan keuntungan kepada mereka? Fikirkan pula berapa ramai pekerja yang perlu dikumpulkan dan teknologi serta peralatan yang diperlukan untuk menanam tiang ini. Sedangkan kita tahu sikap penjajah seperti British yang hanya bertindak apabila keadaan itu akan memberi keuntungan kepada mereka.

Sejarah Taman Bahau, Bahau
Pemaju Perumahan Taman Bahau ialah Matrix Concepts Sdn Bhd, No 13A, Bangunan MARA, Jalan Tuanku Munawir, 70000 Seremban. Sijil layak bagi menduduki (CF) telah dikeluarkan oleh Majlis Daerah Jempol pada tahun 1977.

Taman Desa Puteri, Bahau.
Kawasan ini asalnya Ladang Getah individu dan telah dibeli oleh Syarikat Seri Pajam Sdn Bhd untuk dimajukan sebagai Kawasan Perumahan yang dikenali sebagai Taman Desa Puteri. Kawasan ini terletak antara Kampung Taman Jaya dan Taman Bahau iaitu kira-kira 3km dari Bandar Bahau. Kawasan ini dimajukan pada tahun 2004 dan mempunyai lebih kurang 800 unit rumah pelbagai jenis termasuk rumah kedai.

Taman Kasih Putera
Taman ini merupakan taman yang paling muda dibina di kawasan berhampiran Taman Desa Puteri dan Taman Bahau. Kawasan ini juga asalnya Ladang Getah individu dan telah dibeli oleh Syarikat Seri Pajam Sdn Bhd untuk dimajukan sebagai Kawasan Perumahan yang dikenali sebagai Taman Kasih Putera.

Aktiviti Semasa