MUZIUM TENTERA

Muzium-Tentera-Negeri-Sembilan 

 

Kalau anda nak tahu, Port Dickson sebenarnya turut dikenali sebagai Bandar Tentera Darat kerana di sinilah ramai tentera darat telah dilantik dan dilatih di Pusat Latihan Asas Tentera Darat, dekat sahaja dengan kawasan ini terletaknya Muzium Tentera yang memanggil-manggil untuk dilawati. Muzium ini pernah memenangi banyak anugerah, salah satunya adalah Anugerah Merit Pelancongan Malaysia pada tahun 2007 dan 2008.

Mesti ada sebab kenapa ia menerima anugerah kan? Muzium tentara ni bukan setakat menempatkan kereta kebal atau jet ya, sekali masuk sedar tak sedar, dah lebih dua jam. Yang menariknya tentang Muzium Tentera ni adalah pamerannya yang agak realistik dan meluas berkenaan ketenteraan, antaranya adalah segmen Kampung Ikhtiar Hidup yang menempatkan replika kawasan kampung yang ditanami banyak tumbuhan yang digunakan semasa dalam keadaan peperangan.

Seterusnya adalah segmen Terowong PKM yang menempatkan replika terowong yang memberikan anda dan keluarga pengalaman melihat dan merasai bagaimana peperangan antara askar Melayu dan komunis berlaku dan banyak lagi. Menarik kan?

Waktu Operasi: Rabu – Ahad (10.00am – 5.00pm)

Bayaran Masuk: Percuma

Alamat: Muzium Tentera Darat, Kem Si Rusa, Persiaran Pahlawan, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan