Tapak inilah ramai orang Cina telah dipancung oleh tentera Jepun kerana melawan arahan mereka. Tentera Jepun memang tidak senang dengan orang China sejak zaman berzaman . Aptah lagi jika melwan arahan komander Jepun.
LATAR BELAKANG
Homestay ini telah bermula sejak Januari 2004 dan F Best digunakan sebagai nama homestay ini kerana ia merupakan jenama produk Felda. Tarikan utama homestay ini ialah pengalaman kehidupan harian peneroka Felda yang diketahui umum sebagai mereka yang terlibat dalam sektor asas tani. Majoriti penduduk di kawasan ini merupakan peneroka berbangsa Melayu, India dan Cina. Buat masa ini, terdapat seramai 40 penduduk yang menyertai sebagai peserta tuan rumah di program homestay ini
LOKASI
F Best Homestay terletak 15.8 Km iaitu 14 minit daripada Felda Lui Selatan dan terletak kira-kira 100 km dari Bandar Seremban yang merangkumi tujuh rancangan Felda yang meliputi 6805 hektar kawasan perkampungan dan ladang. Ianya juga terletak berdekatan PULAPOL dan merupakan laluan ke beberapa tempat menarik di Pantai Timur seperti Tasik Chini.
Pengunjung boleh menaiki teksi atau bas (Damai Express, SKB Express dan Transnasional) untuk ke homestay ini dari Seremban ke Bahau. Dari Pekan Bahau, lazimnya pihak homestay akan mengatur untuk membawa pengunjung ke homestay menggunakan kereta atau van. Perjalanan menggunakan kereta dari Seremban akan melalui Kuala Pilah, Batu Kikir dan Bandar Seri Jempol. Laluan ini merupakan laluan ke Pantai Timur.
Alamat F Best Homestay
Pejabat Felda Serting Hilir 4, Serting Hilir Kompleks,
72120 Bandar Sri Jempol,
NEGERI SEMBILAN
Tel: 06-4685424 Faks:06-4685424
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
GUNUNG ANGSI
Gunung angsi adalah diantara gunung-gunung yang dikenali oleh masyarakat. Ianya terletak di Tanjung Ipoh yang terletak di daerah Kuala Pilah Negeri Sembilan ianya mempunyai ketinggian setinggi 825 meter ( 2702 kaki ). Gunung angsi ini juga merupakan salah satu tarikkan bagi hutan rekreasi Ulu bendol dan terbuka bagi pendakian. Gunung angsi terletak di dalam hutan lipur yang telah ditubuhkan pada tahun 1972 dengan keluasan pembangunan ketika itu adalah 6.9 hektar.
Pendakian Gunung Angsi biasanya mengambil masa selama empat jam yang melalui laluan trek sepanjang 405 kilometer sepanjang sungai batang Terachi. Dari Gunung Angsi pendaki boleh melihat gunung-gunung bberhampiran seperti Gunung Telapak Buruk, Gunung Berembun, gunung Datuk dan Gunung Tampin. Ia agak mencabar dan pendaki boleh tersesat sekiranya tidak biasa dengan Denai hutan di tambah dengan laluannya yang amat mencabar. Hutan ulu bendul merupakan hutan simpan yang kaya dengan pelbagai pokok tropika yang kaya dengan pelbagai pokok tropika seperti pokok Meranti, Pokok Keriung, Pokok Damar Hitam dan pokok Mersawa.
Bukit Taisho yang terletak 5km atau 10 minit dari Pekan Bahau, Jempol sememangnya menjadi tumpuan buat orang awam melakukan aktiviti riadah di hujung minggu khususnya. Dengan ketinggian lebih kurang700 meter serta serta jarak lebih kurang 1.7km (30 minit) untuk sampai ke puncak sememangnya sesuai bagi mereka yang ingin berjinak-jinak untuk mendaki. Kawasan bukit ini ialah kawasan ladang kelapa sawit di mana hampir keseluruhan denainya adalah laluan kenderaan untuk mengangkat buah kelapa sawit. Boleh dikatakan tahap kesukaran mendaki bukit ini ialah mudah buat pedaki amatur. Jadi ia sesuai didaki oleh semua golongan masyarakat yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat.
SEJARAH DISEBALIK BUKIT TAISHO
Menurut cerita terdahulu, Bukit Taisho ini mempunyai kaitannya dengan sejarah Bahau itu sendiri. Terdapat lagenda menarik tentang Bahau sewaktu dalam jajahan British dahulu. Bandar ini sangat kaya dan makmur dan kebanyakan penduduknya menjadi jutawan kerana pelbagai aktiviti termasuklah memenangi loteri yang berjumlah berjuta ringgit. Kemakmuran Bahau menimbulkan rasa iri hati orang-orang Inggeris. Maka mereka mula menyiasat faktor kemakmuran bandar ini. Hasil dari siasatan, mereka mendapati banjaran bukit yang menjadi tulang-belakang bandar ini adalah berbentuk Naga yang gagah dan berkuasa dikenali sebagai Bukit Taiso. Mereka juga turut mempercayai Feng-Shui dan yakin bahawa bukit Taisolah yang mendorong kemakmuran bandar ini. Bagi menyekat kemakmuran Bahau, maka penjajah British menggunakan nama pembangunan untuk meratakan bukit di bahagian kepala naga tersebut dan membina sebuah petempatan estet untuk tujuan pertanian. Untuk memastikan kuasa mereka tidak tergugat, mereka telah menanam sebatang tiang besi sepanjang beratus-ratus kaki ke bahagian tulang belakang naga tersebut. Keadaan ini bolehlah kita gambarkan seolah-olah seekor naga yang dipaku tulang belakangnya di muka bumi ini dan membataskan pergerakan naga tersebut. Tidak cukup dengan itu mereka mendirikan balai polis di bahagian perut naga tersebut. Mengikut ‘Feng-Shui’ masyarakat Cina, kuasa yang dipunyai oleh Balai Polis mampu menundukkan kuasa naga. Dikatakan juga di puncak bukit tersebut, masih tertanam kuat sebatang tiang besi di atas puncak bukit. Samada cerita ini adalah hanya mitos atau kebenaran, tiada siapa yang dapat memberi kepastian. Tiang besi yang dikatakan ditanam di puncak bukit tersebut juga tidak dijumpai hingga sekarang.
HUTAN LIPUR ULU BENDUL
PADA zaman dahulu, Ulu Bendul lebih terkenal lokasi mempelajari ilmu agama iaitu bersuluk.
Dikatakan, kegiatan bersuluk itu bertujuan menuntut dan pelajari amalan baik (ilmu batin) untuk memperkuatkan diri bagi orang-orang Islam ketika itu.
Justeru, nama Ulu Bendul ini dikiaskan dengan rumah yang dibina di sini dengan terciptanya bendul yang terletak di bahagian hujung, yang mana bendulnya cantik dan biasanya berukir.
Pengarah Institut Peradaban Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak, Profesor Madya Datuk Paduka Dr Mohd Rosli Saludin berkata, lokasi bersuluk dilakukan di bahagian hulu atau hujung (lokasi yang sunyi).
“Jeram Kak Lang dikaitkan tempat orang bersuluk. Jadi kerap kali menyebut ulu dan bendul yang cantik, maka terciptalah nama Ulu Bendul,” katanya.
Menurutnya, Ulu Bendul sama seperti Pulau Upih berdekatan dengan Port Dickson iaitu tempat orang mempelajari ilmu tasawuf.
“Tempat itu dipilih sejak datangnya Bathin Terjali yang popular di Luak Jelebu. Maka ia sama seperti Ulu Bendul, tempat mempelajari ilmu tasawuf dan bersuluk.
“Selepas era pentadbiran Penghulu Naam, wujud pula Tuan Tulis yang menjadi penasihat kepada Almarhun Tuanku Muhammad,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Mohd Rosli berkata, Ulu Bendul juga dikaitkan dengan Gunung Angsi di mana tempat pertemuan antara Luak Rembau, Inas, Johol, Jelebu dan juga Ulu Muar.
“Hulu Sungai Muar terletak di hujung Ulu Bendul. Orang dahulu menggunakan sungai jika mahu ke mana-mana. Di bahagian hulu Ulu Bendul berkait dengan Gunung Angsi, dan di sinilah golongan agama dan pahlawan dahulu memperkuatkan diri.
“Mat Kilau juga pernah datang ke sini. Ulu Bendul dikaitkan dengan Gunung Angsi sama seperti Gunung Datuk di Rembau, Gunung Jono di Ulu Pilah, dan Gunung Ledang di Johor iaitu tempat berkembangnya agama Islam dan guru-guru agama ternama.
“Di sini jugalah tempat berkembangnya aliran tasawuf. Mereka juga bersuluk dengan pelbagai cara dan pendekatan untuk mendekatkan diri dengan ALLAH SWT,” jelasnya.
sekarang ini ulu bendul dijadikan sebagai tempat rekriasi bagi penduduk di Negeri Sembilan malahan dari pelbagai negeri juga hadir untuk menikmati pemandangan dan keindahan di ulu bendul.