ws 01.1

Tapak inilah ramai orang Cina telah dipancung oleh tentera Jepun kerana melawan arahan mereka. Tentera Jepun memang tidak senang dengan orang China sejak zaman berzaman . Aptah lagi jika melwan arahan komander Jepun.

Jadi tugu ini telah dibina oleh masyarakat Cina bagi mengenang peristiwa pahit tersebut. Setakat ini belumlah ada tugu peringatan yang dibina oleh orang Melayu sendiri. Di Semenyih, seorang peniaga Cina, Low Kong Sang ada memberikan beberapa maklumat tentang peristiwa pembunuhan orang Cina di Bukit Lenggeng oleh tentera Jepun. Mereka menubuhkan persatuan dan pergi Jepun bagi menuntut pampasan perang. Kerajaan Jepun memberi alasan, pampasan telah dibayar dengan dua buah kapal - Hasyimaru (?) selepas Malaysia merdeka.
 
Sepatutnya orang Melayu bolehlah juga membina tugu peringatan tentang kezaliman Parti Komunis Malaya (PKM) semasa 14 hari memerintah. Contohnya di Sungai Budiman di Kampung Gajah. Sungai Tunku di Sungai Manik dekat Teluk Intan bagi memperingati peristiwa orang Melayu bertempur dengan komunis.
 
Sidang Uda di Kampung Selat Pulau pernah memberitahu bahawa gerila PKM pernah menyerang bot tentera Jepun berhampiran Jambatan Kampung Gajah. Tarikhnya pada 19842 - lebih kurang. Tidak pastilah Sidang Uda ini hidup lagi atau tidak. Pertempuran ini ada dicatatkan oleh Chin Peng dalam bukunya 'Chin Peng : My Side Story '