Latar Belakang:

Seluas 4 hektar (10 ekar) di Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah yang terletak di kompartmen 45, Hutan Simpan Angsi bagi merealisasikan hasrat untuk mengumpul dan memelihara semula spesis terancam yang perlu dilindungi dan disamping memperkenalkan ular sawa di mata masyarakat.

Pelan pembangunan yang dirancang adalah diadaptasikan daripada tema”Implementasi Tropika, Adaptasi Alam Semulajadi”. Kawasan yang dipilih mempunyai dirian hutan yang terdiri daripada kayu jaras, pokok kecil dan pokok besar serta terdapat anak sungai yang mengalir yang menggambarkan suasana semulajadi di hutan. 

Kewujudan Taman Ular Sawa Ulu Bendul juga diharap dapat menjadikan Hutan Lipur Ulu Bendul sebagai salah satu destinasi eko-pelancongan yang popular di Negeri Sembilan Darul Khusus.

taman ular ulu bendul 1 taman ular ulu bendul 2 taman ular ulu bendul 3

 Objektif Penubuhan:

Untuk menjadikannya sebagai aset tarikan utama secara integrasi di Hutan Lipur Ulu Bendul kepada pelancong berkunjung ke Negeri Sembilan Darul  Khusus;

Untuk mengumpul, memelihara dan melindungi spesis ular sawa seluruh dunia secara in-situ dan ex-situ untuk pemerhatian umum disamping memberi  kesedaran supaya spesis ular sawa tidak pupus;

Untuk memberi kesedaran dan pendidikan kepada orang ramai supaya mengasihi dan menyayangi reptilia ini;

Untuk menjadi tempat kajian dan penyelidikan ular sawa;

Untuk menjadikan sebagai tempat tumpuan pelancong bagi menikmati keindahan alamsemulajadi sebagai habitat fauna terutama ular sawa. 

Spesies Ular Sawa

Antara spesies ular sawa yang terdapat disini adalah:- 

Colombia Rainbow boa (Epicratus cenchria maurus),

Barazilian Rainbow boa (Epicratus cenchria chenchria)

Green anaconda (Eunectes murinus)

Carpet phyton (Morelia spilota)

Sawa Pendek - Blood python (Python curtus)

Green burmese (Python molurus bivittatus)

Sawa batik (Python reticulatus)

 

Istana Seri Menanti di Kuala PilahNegeri Sembilan ialah istana yang dirujuk lazimnya dalam konteks ini adalah sebuah binaan/bangunan lama yang masih utuh, lagi diperbuat daripada kayu yang menjadi kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sekitar tahun 1900-an. Kini, memandangkan ia suatu warisan sejarah, istana itu telah berubah "peranannya" menjadi muzium. Bangunan ini didirikan mengikut senibina masyarakat Minangkabau.

Istana Lama Seri Menanti ialah istana yang unik diperbuat daripada kayu. Dibina pada 1902 dan siap pada tahun 1908 kerana Istana Pulih telah dibakar oleh askar-askar Inggeris semasa mengejar Yamtuan Antah ketika berlakunya peperangan Bukit Putus. Istiadat perasmian istana ini telah dilakukan oleh DYMM Yang di-Pertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah. Baginda telah bersemayam di istana ini sehingga tahun 1931 dan baginda berpindah pula ke istana baru yang dibina berhampiran dengan istana lama.

Istana ini setinggi empat tingkat. Pelan asalnya telah direka oleh dua orang tukang Melayu bernama Kahar dan Taib. Tukang Kahar telah dianugerahkan gelaran Dato' Panglima Sutan oleh Tuanku Muhammad kerana khidmat beliau. Pelan istana ini telah diperincikan semula oleh Ketua Pelukis Pelan, Mr. Woodford dari Jabatan Kerja Raya, Seremban dan telah diluluskan pada bulan November 1902 oleh Jurutera Negeri dan Residen British.

0cea9 Muzium-Diraja-Seri-Menanti


Istana ini telah digunakan untuk upacara mengadap yang diadakan tiga tahun sekali. Pada tahun 
1926, Pesuruhjaya Tinggi, Sir Lawrence Gullmard telah turut hadir dalam upacara tersebut.Istana ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki. Keempat-empat tiang ini telah diambil dari Bukit Pergai, Jelebu. Kayu-kayu lain diambil dari Bukit Tinggi iaitu jenis kayu penak. Keunikan istana ini ialah ia tidak menggunakan sebarang paku besi tetapi pakunya diperbuat daripada kayu yang dipanggil pasak. [1]. Pasak kayu keras digunakan bagi menyambungkan papan. Atap istana ini mewakili tanduk kerbau. Tanduk kerbau dianggap sebagai lambang keamanan.

Istana ini juga pernah digunakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk dijadikan Sekolah Menengah Agama Tinggi pada tahun 1959 sehingga tahun 1964. Kemudian istana ini dibiarkan kosong tanpa penghuni sehingga pada tahun 1992. Atas kesedaran DYMM Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, istana ini dengan rasminya diwartakan sebagai 'Muzium Diraja'. Perasmiannya telah dilakukan pada 14 Julai 1992 bersamaan 14 Muharram 1413 Hijrah. Pengurusan Muzium Diraja ialah di bawah pentadbiran Lembaga Muzium Negeri, Negeri Sembilan.m

Mulai saat inilah Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti telah bertukar wajah dengan mempamerkan koleksi-koleksi keluarga Diraja. Setiap ruang telah diisi tanpa mengubah bentuk asal istana bagi menerangkan fungsi ruang-ruang tersebut. Penambahan bahan koleksi Muzium dilakukan dari semasa ke semasa dengan kerjasama pihak istana.

Anda boleh merasai pengalaman ini di The Dusun, Mantin, Negeri Sembilan. Tempat ini sangat sesuai bagi mereka yang sukakan privacy seperti ingin berbulan madu atau nak bercuti bersama dengan yang tersayang.

Keindahan alam dan kawasan di sekitar tempat ini memang memikat hati untuk bermalam di The Dusun. Suasananya sangat nyaman dengan udara yang bersih. Jauh dari kebingitan kota metropolitan.

The Dusun ini juga dikenali sebagai The Tropical Rainforest Resort. Sejarah penubuhan The Dusun ini sangat unik yang mana ia mula di bangunkan sejak tahun 2009 oleh Helen dan Daud.

Kesemua guesthouse di The Dusun ini diperbuat daripada kayu dengan rekaan moden-tradisional yang memberikan sentuhan unik dan semulajadi sesuai dengan persekitarannya. Permandangan hutan hujan tropika menambahkan lagi keindahan The Dusun ini.

Terdapat enam jenis guesthouse dengan kelebihan yang tersendiri iaitu Berembun House, Perling House, Tembusu House, Emas House dan Sora House. Selain itu juga, anda boleh melakukan aktivit jungle tracking di dalam hutan dan ke kawasan air terjun. Anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan fotografi yang telah di sediakan untuk mengabadikan kenangan di The Dusun.

Berdekatan dengan The Dusun juga, anda boleh ke pasar, boleh melihat rusa, burung dan pelbagai lagi aktiviti yang ada. Memang seronok!
 
Maklumat lanjut mengenai The Dusun, pakej harga, booking dan sebagainya, anda boleh terus layari website The Dusun.

Alamat : 3437, Kampung Kolam Air Mukim, 71770 Seremban, Negeri Sembilan

1 2 3

Sekiranya anda ingin merasai sendiri cara hidup melayu lama seperti mengenakan busana melayu lama, bertanjak, berkeris dan berlembing, menaiki kuda, memanah dan sebagainya bolehlah datang ke Ladang Alam Warisan yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. 

   

                                                                LADANG ALAM WARISAN 1


Ladang Alam Warisan yang berkeluasan 22 ekar ini terletak di Kampung Tengah, Tanjong Ipoh, Seri Menanti, Kuala Pilah. Sampai sahaja disini, bukan sahaja ladang yang anda akan lihat, sebaliknya ialah satu perkampungan Melayu yang unik dengan seni binaan rumah kayu lama. Jangan terkejut, ladang ini juga adalah homestay dan anda boleh menyewanya untuk merasai sendiri suasana kampung Melayu.

Disini anda berpeluang untuk mengenakan pakaian tradisi melayu seperti zaman dulu-dulu, bukan itu sahaja, kalau anda lihat disini, pekerja-pekerja diwajibkan berpakaian seperti orang dulu-dulu bertanjak, berkeris dan bermacam-macam lagi. Tujuan utama pihak Ladang Alam Warisan berbuat sedemikian adalah untuk memperkenalkan kembali adat-adat tradisi melayu yang kalau tidak dikekalkan memang akan pupus ditelan zaman.

Antara aktiviti yang boleh disertai disini adalah seperti memanah dan berkuda, memberi makan kepada haiwan-haiwan disini seperti rusa, itik, kambing, burung unta dan lembu, perkongsian ilmu mengenai pakaian, permainan muzik tradisional dan ilmu mempertahankan diri, perkhemahan alam warisan, aktiviti bina semangat dan sebagainya. Yang menarik, anda juga boleh berpeluang untuk makan menu masakan orang kampung sejak turun temurun di sini secara ‘bersilo’. Nak lebih lagi pengalaman yang mungkin lebih baik, cari masa sesuai ketika Ladang Alam Warisan membuat aktiviti atau persembahan tradisional di sini. Pasti anda semua akan berasa teruja.           

  LADANG ALAM WARISAN 6

Ladang Alam Warisan merupakan sebuah tempat dimana budaya dan cara hidup melayu sejati dihidupkan semula. Identitinya yang berteraskan budaya dan warisan Melayu sejati merupakan tarikan utama Ladang Alam Warisan ini. Tidak hairanlah sekiranya Ladang Alam Warisan ini berjaya mendapat tempat pertama di dalam Pertandinga Rural Business Challenge yang dianjurkan oleh Kementerian Luar Bandar dan Wilayah pada tahun 2015.

Selain itu, tempat juga ini mendapat pengiktirafan sebagai World Horseback Archery Foundation (WHAF) sebagai satu-satunya tempat memanah berkuda yang lengkap dan terbaik di Malaysia. Untuk pengetahuan anda juga, pengasas Ladang Alam Warisan ini juga merupakan pemanah berkuda nombor tiga peringkat dunia dalam acara Qabak pada tahun 2016. Jadi apa tunggu lagi, carilah masa yang sesuai unti datang kesini. Inilah masanya anda atau anak-anak anda mempelajari dan mendalami apa itu Melayu sebenarnya.

LADANG ALAM WARISAN 2 LADANG ALAM WARISAN 3 LADANG ALAM WARISAN 4

 

 

 

1  2  3 

- Carboot sale pertama di Bahau

- Setiap Jumaat Sabtu dan Ahad

- 5pm hingga 3pagi