Anda boleh merasai pengalaman ini di The Dusun, Mantin, Negeri Sembilan. Tempat ini sangat sesuai bagi mereka yang sukakan privacy seperti ingin berbulan madu atau nak bercuti bersama dengan yang tersayang.
Keindahan alam dan kawasan di sekitar tempat ini memang memikat hati untuk bermalam di The Dusun. Suasananya sangat nyaman dengan udara yang bersih. Jauh dari kebingitan kota metropolitan.
The Dusun ini juga dikenali sebagai The Tropical Rainforest Resort. Sejarah penubuhan The Dusun ini sangat unik yang mana ia mula di bangunkan sejak tahun 2009 oleh Helen dan Daud.
Kesemua guesthouse di The Dusun ini diperbuat daripada kayu dengan rekaan moden-tradisional yang memberikan sentuhan unik dan semulajadi sesuai dengan persekitarannya. Permandangan hutan hujan tropika menambahkan lagi keindahan The Dusun ini.
Terdapat enam jenis guesthouse dengan kelebihan yang tersendiri iaitu Berembun House, Perling House, Tembusu House, Emas House dan Sora House. Selain itu juga, anda boleh melakukan aktivit jungle tracking di dalam hutan dan ke kawasan air terjun. Anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan fotografi yang telah di sediakan untuk mengabadikan kenangan di The Dusun.
Alamat : 3437, Kampung Kolam Air Mukim, 71770 Seremban, Negeri Sembilan