Sekiranya anda ingin merasai sendiri cara hidup melayu lama seperti mengenakan busana melayu lama, bertanjak, berkeris dan berlembing, menaiki kuda, memanah dan sebagainya bolehlah datang ke Ladang Alam Warisan yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. 

   

                                                                LADANG ALAM WARISAN 1


Ladang Alam Warisan yang berkeluasan 22 ekar ini terletak di Kampung Tengah, Tanjong Ipoh, Seri Menanti, Kuala Pilah. Sampai sahaja disini, bukan sahaja ladang yang anda akan lihat, sebaliknya ialah satu perkampungan Melayu yang unik dengan seni binaan rumah kayu lama. Jangan terkejut, ladang ini juga adalah homestay dan anda boleh menyewanya untuk merasai sendiri suasana kampung Melayu.

Disini anda berpeluang untuk mengenakan pakaian tradisi melayu seperti zaman dulu-dulu, bukan itu sahaja, kalau anda lihat disini, pekerja-pekerja diwajibkan berpakaian seperti orang dulu-dulu bertanjak, berkeris dan bermacam-macam lagi. Tujuan utama pihak Ladang Alam Warisan berbuat sedemikian adalah untuk memperkenalkan kembali adat-adat tradisi melayu yang kalau tidak dikekalkan memang akan pupus ditelan zaman.

Antara aktiviti yang boleh disertai disini adalah seperti memanah dan berkuda, memberi makan kepada haiwan-haiwan disini seperti rusa, itik, kambing, burung unta dan lembu, perkongsian ilmu mengenai pakaian, permainan muzik tradisional dan ilmu mempertahankan diri, perkhemahan alam warisan, aktiviti bina semangat dan sebagainya. Yang menarik, anda juga boleh berpeluang untuk makan menu masakan orang kampung sejak turun temurun di sini secara ‘bersilo’. Nak lebih lagi pengalaman yang mungkin lebih baik, cari masa sesuai ketika Ladang Alam Warisan membuat aktiviti atau persembahan tradisional di sini. Pasti anda semua akan berasa teruja.           

  LADANG ALAM WARISAN 6

Ladang Alam Warisan merupakan sebuah tempat dimana budaya dan cara hidup melayu sejati dihidupkan semula. Identitinya yang berteraskan budaya dan warisan Melayu sejati merupakan tarikan utama Ladang Alam Warisan ini. Tidak hairanlah sekiranya Ladang Alam Warisan ini berjaya mendapat tempat pertama di dalam Pertandinga Rural Business Challenge yang dianjurkan oleh Kementerian Luar Bandar dan Wilayah pada tahun 2015.

Selain itu, tempat juga ini mendapat pengiktirafan sebagai World Horseback Archery Foundation (WHAF) sebagai satu-satunya tempat memanah berkuda yang lengkap dan terbaik di Malaysia. Untuk pengetahuan anda juga, pengasas Ladang Alam Warisan ini juga merupakan pemanah berkuda nombor tiga peringkat dunia dalam acara Qabak pada tahun 2016. Jadi apa tunggu lagi, carilah masa yang sesuai unti datang kesini. Inilah masanya anda atau anak-anak anda mempelajari dan mendalami apa itu Melayu sebenarnya.

LADANG ALAM WARISAN 2 LADANG ALAM WARISAN 3 LADANG ALAM WARISAN 4