3 2 1

 

NS Dairy Farm Sdn Bhd yang berkeluasan 120.2 ekar, terletak di Rembang Panas, Juasseh, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan merupakan syarikat yang diasaskan oleh anak kelahiran Kampung Terachi iaitu Dato' Mohd Nor Abdul Wahid. Beliau mula berkecimpung dalam bidang perbankan dan juga menerajui pelbagai syarikat namun pengalaman beliau dalam membantu ibu bapa dalam penternakan sejak kecil sehingga kini menyebabkan beliau menubuhkan N.S Dairy Farm. 

Lembu yang diternak adalah seperti lembu tenusu baka bermutu Jersey / Jersey Fresian dari Australia yang mula dibawa masuk secara beransur-ansur sejak September 2008 dan pengeluaran susu bermula awal tahun 2009. Pengeluaran susu yang bertambah menyebabkan beliau mendirikan sebuah kilang di ladang untuk menghasilkan susu segar yang berkualiti untuk dijual di pasaran tempatan. 

Antara produk yang dikeluarkan N.S Dairy Farm adalah produk tenusu, lembu - lembu baka/fitlot penjantan, betina dari baka Jersey/Jersey Fresian dan juga kambing Boer. Pada April 2010, NS Dairy Farm menjadi usahawan bimbingan MARDI dan pada tahun 2015, menjadi Ladang Kluster tenusu yang dilantik oleh Jabatan Perkhidmatan Vaterinar Malaysia. 

Kini NS Dairy Farm melebarkan sayapnya ke dalam bidang eco tourism berasas ladang ternakan ternusu dan mempunyai kapasiti ternakan berjumlah hampir 500 ekor.

Alamat : No. 3720, Padang Ragut, Rembang Panas, Juasseh, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Masa Beroperasi : Isnin hingga Ahad, 9.00 pagi - 5.00 Petang

Waze : S.R.K Rembang Panas