Nama | : Norzila Binti Awang |
Umur | : 31 Tahun |
Ahli | : 2019 |
LATAR BELAKANG
Seorang isteri dan ibu kepada seorang putera yang berasal daripada Kuala Lipis, Pahang. Beliau pernah bekerja sebagai juruwang di sebuah pasaraya dan pemeriksa kualiti di sebuah syarikat gergasi elektrik. Walau bagaimanapun, minat memasak membuatkan beliau memilih untuk berhenti kerja dan mencari peluang bagi meneruskan minat bagi membuka perniagaan bersama suaminya.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi
Apabila beralih daripada seorang yang makan gaji kepada seorang yang baru nak memberi gaji, proses dokumentasi dan kurangnya pengalaman membuat banyak masalah banyak timbul. Bermula dengan membuka perniagaan di kawasan felda tetapi akibat tiadanya pengetahuan kedai makan tersebut terpaksa ditutup. Tidak berputus asa, beliau mencuba nasib dengan membuka kedai makan di kawasan Taman Desa Puteri.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi
Dengan pertolongan daripada Pusat Ekonomi Digtial Taman Desa Puteri, kedai makan yang diberi nama Warung Sup Toki mula mendapat perhatian daripada komuniti setempat. Promosi dan bantuan daripada PEDi dalam proses penyediaan bahan promosi dan pembaharuan Suruhanjaya Syarikat Malaysia memudahkan urusan beliau dan secara tidak langsung membantu beliau untuk merekod setiap transaksi jualan dengan lebih teliti.
Nama | : Hasbani Binti Shaari |
Umur | : 44 Tahun |
Ahli | : 2018 |
LATAR BELAKANG
Puan Hasbani telah menjadi ahli PEDi sejak tahun 2018 dan merupakan seorang guru tadika. Mempunyai latar belakang pendidikan sehingga tahap diploma. Disebabkan ingin peningkatan dalam kerjaya, beliau memilih untuk menyambung pelajaran di Open University Malaysia (OUM) melalui pendidikan jarak jauh.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi
Namun begitu, setelah sekian lama meninggalkan alam pendidikan, beliau mempunyai kesukaran bagi mengaplikasi teknologi dan digital dalam pembelajaran. Walaupun kemajuan dalam teknologi dapat memudahkan beliau sebagai seorang pelajar jarak jauh tetapi beliau sedikit ketinggalan apabila melibatkan IT.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi
Oleh itu, setiap kali hujung minggu beliau bersama-sama anaknya yang masih bersekolah akan cuba hadir ke PxEDi bagi menggunakan perkhidmatan internet secara tidak langsung mendapatkan pertolongan daripada petugas PEDi bagi memperlajari asas internet dan komputer.
Nama | : Mohamad Zikri Bin Abd Aziz |
Umur | : 32 Tahun |
Ahli | : 2012 |
LATAR BELAKANG
Mohamad Zikri atau dikenali dengan gelaran Akie merupakan seorang pekerja di sektor kerajaan. Beliau mula menjinakkan diri dalam bidang perniagaan bermula setahun yang lepas bagi mendapatkan pendapatan sampingan selain gaji sedia ada.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi
Memilih untuk menjual madu kelulut asli kerana keunikan dan kurangnnya saingan di pasaran disebabkan oleh permintaan yang rendah. Tambahan lagi, beliau yang masih baru tidak mempunyai kenalan yang ramai bagi memasarkan pasaran ke kawasan yang lebih luas selain rakan sekerja.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi
Dengan adanya bantuan daripada petugas PEDi, beliau mula memasuki pemasaran dan kedai atas talian. Beliau belajar cara mempromosikan produk di Facebook dan juga Shopee. Aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan Pusat Internet menambah kenalan beliau secara tidak langsung meningkatkan permintaan jualan madu kelulut.
Nama | : Muhd Irman Bin Ibrahim |
Umur |
: 22 Tahun 2020 |
Ahli | : 2017 |
LATAR BELAKANG
Muhd Irman merupakan seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Perhotelan di UiTM Puncak Alam Selangor. Beliau sedang berada di tahun akhir dan memilih untuk berniaga bagi meringankan beban keluarga secara tak langsung dapat menampung perbelanjaan beliau di universiti.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi
Memandangkan beliau berniaga apabila menjejak kaki di universiti, ilmu perniagaan adalah secara asas. Ruang untuk mempromosikan produk jualan adalah kecil dimana ianya hanyalah fokus kepada rakan universiti dan kenalan rapat sahaja. Jualan turut kurang memberangsangkan walaupun berjaya memperoleh keuntungan.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi
Apabila mulanya cuti semester, beliau mengambil peluang untuk memperlajari ilmu IT dan memperlajari latihan keusahawanan dengan bantuan daripada PEDit. Beliau mula mahir mempromosi produk di media sosial dan menjual di kedai dalam talian bagi meluaskan sasaran pelanggan. Jualan mula meningkat dengan adanya pelanggan dari lain-lain negeri.
Nama | : Norhayana Binti Zainal |
Umur | : 45 Tahun |
Ahli | : 2010 |
LATAR BELAKANG
Norhayana atau dikenali dengan panggilan kak yana antara penduduk Taman Desa Puteri yang terawal menjadi ahli bersama PEDi. Beliau juga merupakan ahli jawatankuasa Pusat Ekonomi Digital Taman Desa Puteri dan bergiat aktif di setiap aktiviti yang dianjurkan oleh PEDi
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi
Beliau memilih untuk berniaga kuih muih secara kecil-kecilan di rumah dan hanya menyediakan produk jualan atas permintaan sahaja. Kekurangan pemasaran produk jualan menyukarkan beliau untuk memperoleh jualan yang tinggi.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi
Dengan adanya bantuan daripada PEDi, beliau mula menceburi bidang perniagaan atas talian. Beliau belajar cara mempromosikan produk di Facebook dan juga kedai atas talian, Shopee. Beliau berani untuk menjual produk kosmetik dengan adanya permintaan yang tinggi oleh penduduk setempat.