Tarikh : Nur Amirah Binti Abdul Jaabar
Umur  : 18 Tahun
Ahli : 2019

 

LATAR BELAKANG 

Adik Mira merupakan seorang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baharu sahaja menamatkan pembelajaran di Tingkatan 5. Beliau merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik. Ibu bapa adik Amira merupakan pengusaha nurseri di mana adik Amira mengambil peluang membantu ibu bapanya mengusahakan perusahaan nurseri ini sementara menunggu keputusan SPM.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN NADI

Adik Amira kurang mahir dalam penggunaan ICT, dan selalu memerlukan bantuan orang lain untuk mengakses internet dan lain-lain platform digital.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN NADI

Kesungguhan Nur Amira tidak hanya membantunya mahir dalam bidang ICT, tetapi juga membawa kejayaan kepada perniagaan keluarganya. Kini, nurseri tersebut beroperasi dengan efisien dan pendapatan jualan nurseri tersebut terus meningkat.

 

1 2

Nama  : Zarith Sumayyah Binti Zulkanain
Umur : 19 Tahun
Ahli : 2017

 

LATAR BELAKANG

Adik Zarith Sumayyah merupakan seorang pelajar yang baru sahaja menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mempunyai 3 orang adik beradik. Walaupun sedikit lambat menduduki SPM berbanding rakan- rakan lain kerana pernah berhenti sekejap tetapi ianya tidak melemahkan semangat adik Zarith bagi meneruskan pelajaran. Adik Zarith gigih membuat kerja sambilan walaupun tengah menduduki peperiksaan besar dan merupakan setiausaha kepada beberapa persatuan berdaftar.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN NADI

Lahir daripada keluarga yang bersederahana, walaupun mempunyai telefon pintar tetapi adik Zarith tiada akses yang menyeluruh dan pemahaman yang mendalam terhadap kelebihan penggunaan internet.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN NADI

Oleh itu, ibu bapa kepada adik Zarith mengambil keputusan untuk mendaftarkan dia sebagai ahli di NADI pada tahun 2017. Adik Zarith kerap hadir di NADI bagi mendapatkan maklumat carian di internet dan juga meningkatkan kemahiran menaip komputer. Sekarang, adik Zarith turut bekerja sambilan sebagai penghantar makanan menggunakan aplikasi Misi selepas mendapat maklumat yang mendalam daripada internet dan dia mahir mendaftar persatuan melalui laman web eRoses.

 

2 WhatsApp-Image-2024-03-04-at-11.23.02-1

Nama : Puteri Nur Qaseh Binti Mohd Hussein
Umur : 14 Tahun 
Ahli : 2018

 

LATAR BELAKANG

Puteri Nur Qaseh atau lebih dikenali dengan gelaran adik Qaseh merupakan anak kedua daripada dua orang adik beradik. Kini Qaseh menduduki Tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau. Walaupun bertubuh kecil tapi Qaseh sentiasa berani mencuba sesuatu yang baru.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Adik Qaseh merupakan seorang yang aktif dan kerap menghabiskan masa bersama kelab kompang Persatuan Taman Bahau. Namun dengan pengedaran teknologi yang semakin maju, Qaseh agak ketinggalan berbanding rakan-rakan yang lain.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Namun begitu, kerana sifat ingin tahu, adik Qaseh mendaftar sebagai ahli di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Desa Puteri dan sentiasa menyertai program anjuran PEDi. Kini, Qaseh mampu membimbing rakan-rakan lain dalam penyediaan kerja kursus sekolah menggunakan komputer dan internet.

 

6 7

Nama : Norhayana Binti Zainal
Umur : 48 Tahun
Ahli : 2010

 

LATAR BELAKANG 

Puan Hayana atau dikenali oleh komuniti dengan panggilan Kak Yana merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Mempunyai anak yang masih bersekolah menyebabkan beliau ingin membantu mengurangkan beban kewangan suami dengan menceburi bidang perniagaan.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Walaupun berminat untuk berniaga tetapi dengan kurangnya pengetahuan asas dan kemahiran digital, kak Yana hanya mampu menyasarkan pembeli dari kalangan kenalan dan penduduk setempat.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Dengan adanya kewujudan PEDi, kak Yana mula mendaftar sebagai ahli pada 2010 dan menyertai kebanyakan program yang dianjurkan bagi meningkatkan kemahiran komputer beliau. Kak Yana mula menceburi perniagaan atas talian untuk mengembangkan ke pasaran yang lebih luas. Sekarang, kak Yana mahir menaip dan mencari informasi menggunakan internet.

 

kakyana kakyana1

Puan Hayana atau dikenali oleh komuniti dengan panggilan Kak Yana merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Mempunyai anak yang masih bersekolah menyebabkan beliau ingin membantu mengurangkan beban kewangan suami dengan menceburi bidang perniagaan.

Nama : Nur Fatihah Binti Harun
Umur : 19 Tahun
Ahli : 2014

LATAR BELAKANG

Nur Fatihah Binti Harun merupakan seorang pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan mempunyai tiga orang adik beradik. Fatihah merupakan kakak sulung kepada dua orang lagi adik perempuan. Walaupun dia seorang perempuan tetapi ini tidak menghalang dia untuk membantu bapanya mencari pendapatan lebih dengan bercucuk tanam di kawasan rumah.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Adik Fatihah merupakan seorang pelajar dan anak yang pendiam. Dia lebih gemar mengisi masa lapang duduk di rumah dan bermain bersama adik beradik perempuannya yang lain.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Walau bagaimanapun, bapanya yang merupakan usahawan dalam bidang pertanian mula menggalakkan adik Fatihah untuk turut sama membantunya dalam perniagaan pertanian. Fatihah membantu menguruskan perniagaan atas talian yang dibelajar melalui kelas asas Usahawan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) untuk mengembangkan perniagaan bapanya. Kini kemahiran keusahawanan dan digital adik Fatihah menyumbangkan hasil pendapatan yang tinggi apabila jualan biji benih dan baja di Shopee telah terjual hampir atau lebih 100 unit bagi setiap jenis.

4 5