Nama : Anas Iskandar Bin Mohd Anuar
Umur : 10 Tahun
Ahli : 2019

LATAR BELAKANG

Anas Iskandar merupakan anak sulung daripada tiga orang adik beradik dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan St Aidan. Ketiadaan komputer dirumah menyebabkan beliau hanya mempunyai kemahiran asas dalam teknologi.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PEDi

Kurangnya pendedahan dengan kelebihan yang boleh dimanfaatkan melalui penggunaan teknologi masa kini. Hal ini menyebabkan, beliau hanya bergantung kepada buku teks sekolah dan berdasarkan pengetahuan kedua-dua ibu bapa dalam menyiapkan tugasan.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PEDi

Sejak menjadi ahli PEDi, beliau berjaya menyiapkan tugasan yang diberi dengan bantuan dari petugas Pusat Internet. Beliau juga berjaya mengembangkan kemahiran dalam mencari maklumat dan informasi melalui internet.

 1 3

NAMA : ZAZARIANI ARMAYA
UMUR : 36 TAHUN
AHLI : 2019

 

LATAR BELAKANG

Zazariani Armaya atau lebih dikenali dengan panggilan Zaza merupakan seorang suri rumah dan tiada pendapatan sendiri. Mula menetap di kawasan Taman Desa Puteri setelah berkahwin kerana mengikut suami yang bekerja di Negeri Sembilan. 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PEDi

Menjadi seorang suri rumah tangga sepenuh masa kerana ingin fokus kepada kebajikan keluarga. Pada mulanya pendapatan isi rumah hanya bergantung kepada suami yang bekerja didalam sektor kerajaan sehinggalah beliau bercadang untuk mempunyai pendapatan sampingan. 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Bermula dengan menjadi ahli jawatan kuasa Pusat Ekonomi DIgital Taman Desa Puteri, beliau lebih mengenali komuniti setempat. Dengan bantuan dari pusat internet, pelbagai ilmu dan kemahiran ICT dapat diperlajari dan mula mengetahui dengan hanya memiliki telefon, beliau boleh mendapatkan pendapatan sampingan walau hanya duduk di rumah. Mula berjinak-jinak dalam perniagaan jambangan hadiah dan mulai mendapat ramai pelanggan dengan bantuan pemasaran oleh PEDi.

 

zaza-riani-q2 zaza-riani-q23

NAMA : MUIZZ MUHAYMIN BIN MOHD SHAFFIQ
UMUR : 12 TAHUN
AHLI : 2018

 

LATAR BELAKANG

Muizz Muhaymin merupakan anak ke lima daripada enam orang adik beradik  dan baharu sahaja selesai menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah di SK Tunku Muda Serting. Kebanyakan masa lapangnya kerap di habiskan di Pusat Ekonomi Digital atau beriadah bersama-sama rakannya untuk bermain bola sepak.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Kemahiran komputernya adalah di tahap asas memandangkan adik Muizz tidak mempunyai komputer riba di rumah. Kekurangan pendedahan mengenai kelebihan teknologi, kadang kala beliau terpaksa menanggung kos perjalanan untuk ke perpustakaan awan atau ke rumah rakan untuk mendapatkan maklumat dan informasi bagi menyiapkan kerja sekolah.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Dengan bantuan daripada petugas pusat internet, beliau semakin mahir dalam mengakses dan mendapatkan maklumat penting bagi menyiapkan tugasan. Masa lapang juga digunakan dengan berkumpul bersama-sama rakan baru dalam menyertai program yang dianjurkan oleh PEDi.

 

7 3

 

NAMA  : NOOR AZLINA BINTI MOHD ARIFFIN
UMUR : 40 TAHUN
AHLI : 2019

 

LATAR BELAKANG

Bermula pada tahun 2013, beliau tidak merancang untuk menjadi usahawan dan hanya berkongsi resepi masakannya di laman Facebook. Beliau yang merupakan seorang suri rumah dan juga ibu kepada tiga orang anak pada mulanya hanya berkongsi resepi tersebut kerana hobi dan sekadar mengisi masa lapang. Walaubagaaimana pun, apabila mendapat sokongan dan nasihat daripada rakan-rakan menyebabkan beliau memilih untuk menjadikannya pendapatan sampingan.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Memandangkan beliau merupakan usahawan baru, perniagaan beliau tidak dikenali orang ramai. Jualan yang diperoleh juga setakat mendapatkan pulangan modal dan untung yang sedikit.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Penggunaan teknologi dan bantuan petugas PEDi membolehkan beliau berjaya mempromosi produk kepada orang ramai dan mudah untuk untuk mencari informasi berkaitan resepi-resepi baru. Sekarang, beliau telah menghasilkan lebih daripada 20 resepi yang majoritinya lebih kepada bakeri. Kos jualan juga dapat dikurangkan dalam pemasaran dan logo produk dengan adanya bantuan daripada PEDi.

 

Capture 78886197 1476042549238666 5952077747378454528 o

NAMA : NUR ZAFIRAH BINTI MOHD ZULKIFLI
UMUR : 24 TAHUN
AHLI : 2011

 

LATAR BELAKANG

Nur Zafirah Binti Mohd Zulkifli sebelum ini pernah bekerja di sektor swasta selama 2 tahun. Pada ketika itu, Zafirah melibatkan diri dalam jualan bakeri dan kosmetik bagi mendapatkan pendapatan sampingan namun kini, setelah berhenti kerja, Zafirah memilih untuk menumpukan sepenuh masa dalam menjadi usahawan bakeri dan kosmetik ini. Secara tidak langsung, menjadikan perniagaan ini pendapatan utama beliau.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Sebelum penggunaan ICT, pelanggan utama beliau adalah terdiri daripada rakan sekerja dan kenalan rapat sahaja. Tiada rekod bagi setiap penjualan yang dilakukan.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Selepas penggunaan ICT dan penglibatan dari pusat internet, jualan Zafirah lebih teratur dan produk yang terjual juga bertambah apabila pelanggan dari penduduk setempat hingga ke luar negeri mula mengenali produk beliau.

 

1 3

4 WhatsApp-Image-2019-11-15-at-10.12.10