Usahawan makanan Online

Nama : PUAN ZUHAINI BAHARI
Umur : 45 tahun
Ahli : 2016

LATAR BELAKANG

Puan Zuhaini adalah seorang Surirumah Sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan ini sejak tahun 2018. Mulanya beliau hanya berniaga secara kecil-kecilan  untuk mengisi masa lapang di rumah dan hanya Komuniti setempat sahaja yang membeli jualan beliau. Berkat usaha beliau dari minat bertukar kepada menjadi sumber pendapatan sambilan beliau dirumah. Dengan menggunakan media social beliau dapat meluaskan perniagaan beliau keluar dari kawasan bahau. 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200- RM250 sahaja. Pelanggan pula hanya komuniti berhampiran sahaja.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Desa Puteri, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk jualan beliau serata tempat dan pendapatan beliau meningkat ke RM500 ke RM600 sebulan.

zuhaini 1 zuhaini 2
zuhaini 3