NAMA     : MAS AYU ABD MALEK

UMUR     : 35 TAHUN

AHLI       : 2018

 

LATAR BELAKANG

Puan Mas Ayu adalah seorang suri rumah tangga dan mempunyai 2 orang cahaya mata. Perniagaan ini mula dijalankan sekitar 4 tahun yang lalu. Idea untuk menjalankan perniagaan ini bermula dengan hanya suka-suka kerana beliau suka memasak pelbagai jenis makanan. Dari situ, perniagaan ini terhasil bermula daripada jualan dengan kawan-kawan yang mengenali beliau dan kawasan keliling rumah beliau. Setelah beliau menggunakan perkhidmatan di sini dengan membuka akaun facebook, beliau dapat meluaskan perniagaan secara online dari kawasan sekitar rumah hingga kini meluas ke sekitar Bahau, Jempol dan Kuala Pilah. 

 

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 300- RM400 sahaja. Pelanggan pula hanya komuniti berhampiran sahaja.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Ekonomi DIgital Taman Desa Puteri, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk jualan beliau. Daripada hanya 2 produk dan kini beliau menambah dengan pelbagai jenis produk lagi. Malahan pendapatan beliau bertambah kepada RM 1000 ke RM3000 sebulan.

 

Untitled 4
3 2