Nama : Noor Sha'adah Binti Mahadi
Umur : 36 Tahun
Ahli : 2012

 

LATAR BELAKANG

Puan Sha'adah atau lebih dikenali penduduk setempat sebagai Kak Adah memulakan perniagaannya bermula 2 tahun lepas. Beliau yang berasal dari Muar, Johor merupakan seorang suri rumah kepada tiga orang anak yang bersekolah. Beliau memilih untuk menjadikan perniagaan buah acar secara atas talian sebagai pendapatan beliau.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PEDi

Tidak konsisten dalam pembuatan acar buah kerana pembeli hanya tergolong dalam kenalan terdekat sahaja. Oleh itu, beliau hanya menyediakan acar buah apabila adanya tempahan sahaja.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PEDi

Beliau mula meluaskan pasaran di atas talian dengan melibatkan diri dalam e-dagang (Shopee) dengan bantuan dari pertugas PEDi. Oleh hal yang demikian, beliau menyediakan acar buah setiap hari kerana permintaan yang tinggi daripada peenduduk setempat. Tambahan pula, pertolongan daripada petugas dalam mempromosi produk beliau di portal membuatkan buah acar Kak Adah lebih dikenali.

 

Capture-1 Capture

Nama : Rozaity Binti Abd Aziz
Umur  : 31 Tahun
Ahli : 2019

 

LATAR BELAKANG

Puan Rozaity Abd Aziz atau lebih mesra dengan panggilan Ety merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan merupakan ibu kepada 4 orang cahaya mata. Beliau telah lama melibatkan diri dalam bidang perniagaan ini dan hanya mengambil tempahan daripada penduduk sekitar taman dan teman rapat sahaja. 

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PEDi

Pelanggan yang ada hanyalah fokus kepada penduduk taman dan kenalan rapat sahaja menyebabkan pendapatan yang diperoleh hanya sekitar RM 400- RM 600 sahaja sebulan.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDi

Walaubagaimana pun, selepas menjalankan perniagaan secara atas talian, pendapatan semakin bertambah dan boleh mencecah sehingga RM 1,500 sebulan dimana peningkatan sehingga 2 kali ganda.

 

1 2

Nama : Nur Allya Natasha Binti Affendy
Umur : 15 Tahun
Ahli : 2017

 

LATAR BELAKANG

Adik Allya Natasha merupakan seorang pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah Bahau. Beliau merupakan anak bongsu daripada 4 orang adik beradik dan mempunyai ibu bapa yang merupakan usahawan makanan dan minuman.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PEDi

Memandangkan ibu bapa adik Allya berniaga setiap hari, selepas pulang dari sekolah adik Allya akan menolong ibu bapanya berniaga di kedai. Oleh itu, kerja sekolahnya hanya dapat disiapkan pada waktu malam kerana ketiadaan tempat yang sesuai dan kesukaran mencari rujukan apabila sedang berniaga.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PEDi

Sejak menjadi ahli PEDi, bapa adik Allya akan menghantar adik Allya ke PEDi bagi menyiapkan kerja sekolah sebelum menolongnya berniaga. Penggunaan komputer di PEDi memudahkan adik Allya mencari rujukan dengan bantuan petugas. Adik Allya juga kerap sertai kelas kemahiran yang diadakan oleh PEDi.

 

WhatsApp-Image-2020-07-04-at-4.22.30-PM Capture

Nama  : Shaharizawati Binti Saharani
Umur : 37 Tahun
Ahli : 2015

 

LATAR BELAKANG

Bermula daripada hobi suka memasak, kini Puan Shaharizawati atau lebih mesra dengan panggilan Kak Watie kini bergiat aktif dalam menjalankan perniagaan makanan secara "cash on delivery" secara atas talian. Beliau yang merupakan seorang suri rumah dan juga ibu kepada dua orang anak pada mulanya hanya berkongsi hobi memasak melalui Facebook, kemudian mendapat sokongan daripada rakan-rakan menyebabkan beliau memilih untuk menjadikannya pendapatan sampingan.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDi

Memandangkan beliau merupakan usahawan baru, perniagaan beliau tidak dikenali orang ramai. Jualan yang diperolehi juga setakan mendapatkan pulangan modal dan untung yang sediikit. Pendapatan yang diperoleh sekitar RM 500 sebulan.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PEDi

Penggunaan teknologi dan bantuan Pusat Ekonomi Digital membolehkan beliau berjaya mempromosi produk kepada orang ramai. Pendapatan melalui perniagaan secara atas talian kini mencecah RM 2,000 sebulan.

 

1 2

Nama : Noraini Binti Pardi
Umur : 43 Tahun
Ahli : 2017

 

LATAR BELAKANG

Puan Noraini merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan mempunyai 3 orang anak dimana masing-masing masih belajar di sekolah menengah dan sekolah rendah. Beliau bekerja sebagai guru taska di Serting. Walaubagaimanapun, selaras saranan kerajaan berkenaan setiap guru tabika harus memiliki sijil pendidikan awal kanak-kanak, beliau memilih untuk menyambung belajar dalam Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Open University Malaysia (OUM) pada tahun 2019.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDi

Beliau yang merupakan generasi X dan membesar tanpa adanya teknologi yang maju menyebabkan beliau merupakan salah seorang yang kurang mahir dalam IT. Tambahan pula, pilihan untuk menyambung pelajaran di universiti menyukarkan beliau untuk menyiapkan tugasan dan harus memohon bantuan daripada rakan-rakan memandangkan pendidikan sekarang berlandaskan E-Pembelajaran.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PEDi

Keahlian bersama Pusat Ekonomi Digital Taman Desa Puteri memudahkan beliau untuk memperlajari asas komputer dan juga asas Microsoft Word tanpa mengeluarkan wang. Latihan di PEDi mengajar dari asas sehingga ke tahap yang professional secara tidak langsung membantu beliau menyiapkan tugasan dan kebergantungan terhadap rakan yang lain.

 

3 Adobe-2