Nama : Dineshawary A/P Ganesan
Umur : 17 Tahun
Ahli : 2020

 

LATAR BELAKANG

Dineshwary membesar dan menetap di Taman Desa Puteri sejak kecil lagi bersama-sama ibu bapa dan dua orang adik beradik yang lain. Dineshwary bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada akhir tahun ini walau bagaimanapun ditunda ke tahun hadapan berikutan pandemik Covid 19. Oleh itu, kebanyakkan masanya banyak dihabiskan di PEDi bagi mengulangkaji pelajaran.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Sebelum adanya penularan wabak Covid 19, adik Dineshwary jarang menggunakan perkhidmatan- PEDi melainkan bagi tujuan fotokopi sahaja yang mana ianya juga jarang berlaku kerana guru kerap memberi latihan secara bersemuka. Disebabkan itu, kemahiran komputer adik Dineshwary juga hanya asas bagi tujuan menaip dan menyimpan dokumen.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Apabila berlakunya pandemik Covid 19 pada tahun lepas, Kementerian Pendidikan telah melakukan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR) bagi setiap pelajar. Kelemahan dalam penggunaan komputer menyebabkan adik Dineshwary telah mendaftar sebagai ahli PEDi bagi menyertai kelas komputer. Dineshwary banyak menghabiskan masanya di PEDi kerana adanya capaian internet yang laju, keselesaan tempat bagi mengulangkaji pelajaran dan menyelesaikan tugasan kerja sekolah membantu dia untuk belajar secara efektif terutamanya apabila dia bakal menduduki peperiksaan besar tak lama lagi.

 

06022021 3

Nama : Muhammad Syahrul Nizam Bin Hisyam
Umur : 15 Tahun
Ahli : 2021

 

LATAR BELAKANG

Adik Syahrul Nizam merupakan anak jati Negeri Sembilan dan seorang pelajar yang bakal menduduki ujian Penilaian Taksiran 3 (PT3) di Sekolah Menengah Bahau, Negeri Sembilan. Beliau merupakan seorang yang pasif dan kerap menghabiskan masa hanya berada di rumah sahaja terutama apabila bermulanya sesi Pengajaran dan Pembelajar di Rumah (PdPR).

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Apabila kebanyakkan masanya lebih dihabiskan di rumah, beliau terlalu lebih meluangkan masa dengan menonton televisyen atau bermain permainan di telefon bimbit menyebabkan kedua-dua ibu bapanya risau memandangkan beliau bakal menduduki ujian PT3. Masa yang digunakan untuk belajar amatlah sedikit kerana kurangnya pengawasan.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Ekonomi Digital sedikit sebanyak membantu mengisi masa lapang adik Syahrul Nizam. E-Tuisyen yang dianjurkan oleh PEDi membantu adik Syahrul Nizam untuk belajar dengan lebih efisyen dengan adanya capaian internet yang pantas. Hari minggu beliau diisi dengan membuat latihan dan pemberian nota oleh guru E-Tuisyen. Hal ini secara tidak langsung, meningkatkan prestasi adik Syahrul Nizam kerana guru tuisyen turut kerap memberi tips menjawab soalan peperiksaan.

 

WhatsApp-Image-2021-08-28-at-9.03.24-AM WhatsApp-Image-2021-08-20-at-5.56.28-PM

Nama : Muhamad Firdaus Bin Mohd Zin
Umur : 14 Tahun
Ahli : 2019

 

LATAR BELAKANG

Adik Muhamad Firdaus merupakan seorang pelajar tingkatan dua di Sekolah Menengah Dato' Mansor, Bahau Negeri Sembilan. Beliau merupakan anak bongsu daripasa 4 orang adik beradik. Beliau merupakan seorang pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan kokurikulum. Pada masa lapang, beliau akan hadir ke PEDi Taman Desa Puteri bagi menyertai aktiviti atau latihan yang diadakan. 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Beliau mengalami kesukaran dalam mencari bahan rujukan bagi tujuan pembelajaran. Disebabkan oleh masalah kewangan, beliau harus berkongsi aplikasi dan telefon pintar bersama-sama adik beradik yang lain.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Sejak menjadi ahli PEDi, bapanya akan menghantar adik Firdaus ke PEDi bagi menyiapkan tugasan kerja sekolah yang memerlukan capaian internet. Penggunaan komputer memudahkan adik Firdaus mencari rujukan dengan bantuan dari petugas PEDi. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran komputer adik Firdaus.

 

1 2

Nama : Rozaity Binti Abdul Aziz
Umur : 32 Tahun
Ahli : 2019

 

LATAR BELAKANG

Puan Rozaity atau lebih dikenali dengan gelaran Kak Ety oleh penduduk setempat memiliki seorang suami yang merupakan usahawan pembaikan barangan elektrik di kawasan Taman Desa Puteri dan lima orang anak yang masih bersekolah. Beliau turut memiliki kemahiran menjahit baju yang mana beliau mengambil tempahan daripada penduduk sekitar. Namun begitu, minat beliau dalam menceburi bidang perniagaaan menyebabkan beliau memilih untuk menjual kambing perap yang dikenali sebagai Kambing Terbang.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Bermula dengan menjadi dropship beliau memerlukan usaha yang tinggi untuk mempromosi produk jualan supaya dikenali oleh komuniti setempat tetapi tanpa pengetahuan digital dan pemasaran yang efektif, beliau tidak mampu mengembangkan jualannya kerana persaingan yang tinggi dalam produk jualan makanan. Oleh itu, hasil jualan bulanannya turut rendah.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Dengan adanya bantuan daripada petugas Pusat Ekonomi Digital, beliau dapat menambah ilmu dalam bidang digital terutama cara-cara untuk mempromosikan produk jualan di Whatsapp komuniti dan media sosial. Hal ini secara tidak langsung membantu komuniti mengetahui produk jualan beliau dan menambahkan pendapatan bulanan. Sekarang beliau telah menjadi salah seorang ejen Kambing Terbang di Negeri Sembilan. Kemudahan internet dan bantuan petugas petugas juga dalam membantu beliau menyediakan penyata kewangan menggunakan Microsoft Excel memudahkan beliau dalam menjejak wang keluar masuk bagi perniagaan yang dijalankan.

 

WhatsApp-Image-2021-05-07-at-9.16.01-AM-5 2

Nama : Harun Bin Che Man
Umur : 50 Tahun
Ahli : 2014

 

LATAR BELAKANG

Merupakan seorang usahawan dalam menjalankan perniagaan baja, tapak semaian dan kontraktor pendawaian yang berdaftar. Menjalankan perniagaan pedawaian meliputi kawasan sekitar Negeri Sembilan di samping turut menjual baja dan biji semaian secara sampingan yang berlokasi di kawasan rumah. Mempunyai anak gadis seramai 2 orang bagi membantu dan seorang pekerja bagi membantu pendawaian.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Dalam perniagaan kontraktor, beliau acap kali mempunyai masalah dalam penyimpanan dokumen kerana kurangnya pendedahan mengenai asas perniagaan. Disebabkan itu, beliau kerap mengalami kehilangan dokumen bagi tujuan akaun dan pengauditan yang menyukarkan beliau untuk menyediakan laporan kewangan yang sempurna bagi kegunaan pihak ketiga. Apabila memulakan perniagaan yang lain daripada bidang kepakaran iaitu pertanian, menyebabkan beliau kerap mempunyai masalah dalam menjaga tapak semaian dengan betul kerana tiada ilmu dalam bidang tersebut.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Dengan bantuan dari PEDi, beliau mudah untuk membuat salinan setiap dokumen penting dan berjaya menyimpan dokumen tersebut dengan lebih teliti. Beliau mula mempelajari kepentingan dan kemudahan penggunaan internet dalam setiap urus niaga. Beliau juga turut mula berjinak dalam perniagaan atas talian, Shopee yang diperlajari dengan bantuan petugas bagi meluaskan pasaran produk baja ke negeri lain memandangkan terdapatnya sambutan yang tinggi.

 

139286309 1155600684876310 7200268596167713259 o 139920678 1157951257974586 2759730374760233653 o 150838575 1173572626412449 6987772323353330938 o