Nama : Muhamad Firdaus Bin Mohd Zin
Umur : 14 Tahun
Ahli : 2019

 

LATAR BELAKANG

Adik Muhamad Firdaus merupakan seorang pelajar tingkatan dua di Sekolah Menengah Dato' Mansor, Bahau Negeri Sembilan. Beliau merupakan anak bongsu daripasa 4 orang adik beradik. Beliau merupakan seorang pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan kokurikulum. Pada masa lapang, beliau akan hadir ke PEDi Taman Desa Puteri bagi menyertai aktiviti atau latihan yang diadakan. 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Beliau mengalami kesukaran dalam mencari bahan rujukan bagi tujuan pembelajaran. Disebabkan oleh masalah kewangan, beliau harus berkongsi aplikasi dan telefon pintar bersama-sama adik beradik yang lain.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Sejak menjadi ahli PEDi, bapanya akan menghantar adik Firdaus ke PEDi bagi menyiapkan tugasan kerja sekolah yang memerlukan capaian internet. Penggunaan komputer memudahkan adik Firdaus mencari rujukan dengan bantuan dari petugas PEDi. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran komputer adik Firdaus.

 

1 2