Nama : Dineshawary A/P Ganesan
Umur : 17 Tahun
Ahli : 2020

 

LATAR BELAKANG

Dineshwary membesar dan menetap di Taman Desa Puteri sejak kecil lagi bersama-sama ibu bapa dan dua orang adik beradik yang lain. Dineshwary bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada akhir tahun ini walau bagaimanapun ditunda ke tahun hadapan berikutan pandemik Covid 19. Oleh itu, kebanyakkan masanya banyak dihabiskan di PEDi bagi mengulangkaji pelajaran.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Sebelum adanya penularan wabak Covid 19, adik Dineshwary jarang menggunakan perkhidmatan- PEDi melainkan bagi tujuan fotokopi sahaja yang mana ianya juga jarang berlaku kerana guru kerap memberi latihan secara bersemuka. Disebabkan itu, kemahiran komputer adik Dineshwary juga hanya asas bagi tujuan menaip dan menyimpan dokumen.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Apabila berlakunya pandemik Covid 19 pada tahun lepas, Kementerian Pendidikan telah melakukan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR) bagi setiap pelajar. Kelemahan dalam penggunaan komputer menyebabkan adik Dineshwary telah mendaftar sebagai ahli PEDi bagi menyertai kelas komputer. Dineshwary banyak menghabiskan masanya di PEDi kerana adanya capaian internet yang laju, keselesaan tempat bagi mengulangkaji pelajaran dan menyelesaikan tugasan kerja sekolah membantu dia untuk belajar secara efektif terutamanya apabila dia bakal menduduki peperiksaan besar tak lama lagi.

 

06022021 3