USAHAWAN ONLINE

Nama : LIZAWATI BINTI ALUWI
Umur : 34 TAHUN
Ahli : 2009

 

LATAR BELAKANG

Puan Lizawati adalah seorang suri rumah tangga sepenuh masa, sebelum ini beliau berkerja sebagai tukang jahit di syarikat Felda selama lebih 5 tahun bekerja. Beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjaga 3 orang anak beliau dan meniaga menerusi online. Beliau mula mengunjungi PI untuk mendapatkan khidmat kami dari situ kami membantu beliau cara menggunakan komputer dan membina laman social untuk beliau. Beliau menjual produk kecantikkan dan pelbagai lagi barang di laman social beliau.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitarRM500 sebulan

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Perniagaan beliau semakin maju dan pendapata meningkat kepada RM1500 sebulan.

USAHAWAN LIZAWATI 1 USAHAWAN LIZAWATI 2

KISAH KEJAYAAN PN.NORMALA BINTI MOHD SAFIE

USAHAWAN ONLINE

Nama : NORMALA BINTI MOHD SAFIE
Umur : 33 TAHUN
Ahli : 2017

 

LATAR BELAKANG 

Puan Normala sebelum ini berkerja di sektor awam sepenuh masa yang merupakan ibu kepada 2 orang anak. Beliau merupakan anak jati Palong Timur negeri Sembilan yang telah menetap di bahau. Berbekalkan kemahiran dalam memasarkan produk yang beliau ada, beliau telah mengambil inisiatif untuk menjual produk dari Syarikat Sahajidah Hai-O untuk menjana pendapatan lebih beliau. Pada awalnya beliau melakukan perniagaan online ini secara sampingan, sekarang beliau menumpukan sepenuh masa dalam pernigaan online ini. Beliau juga telah banyak melahirkan usahawan-usahawan di kawasan setempat beliau.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PEDi

Pendapatan beliau sebelum ini adalah sebanyak RM1500 pada setiap bulan

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

setelah memasarkan produk secara online, beliau kini mampu memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM 5 000  sebulan.

 

MEL MARDIAH 1 MEL 2

KISAH KEJAYAAN NURUL ATIKAH BINTI FADZHILHALMI

 

CELIK IT

Nama : NURUL ATIKAH BINTI FADZHILHALMI 
Umur : 17 TAHUN
Ahli : 2015

 

LATAR BELAKANG 

Adik Atikah merupakan seorang pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau. Beliau merupakan anak kelima daripada enam orang adik beradik. Beliau amat cenderung dalam bidang ICT dan amat pandai dalam menggunakan komputer. Beliau telah menjadi ahli di PEDi Taman Desa Puteri sejak 2 tahun yang lalu. Setelah menjadi ahli, banyak masa terluang dihabiskan di sini dengan melayari internet dan mencari bahan-bahan rujukan persekolahan. Setiap minggu, Atikah akan hadir ke kelas komputer yang diadakan di sini. Bermula daripada asas komputer, kini beliau boleh dikatakan mahir menggunakan aplikasi komputer seperti Microsoft office, powerpoint dan lain-lain lagi. 

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Sebelum ini, beliau kurang mahir dalam menggunakan komputer terutamanya aplikasi internet, desktop publishing, asas komputer dan sebagainya.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Selepas mendaftar dan mendapatkan latihan di PEDi, kemahiran beliau dalam pengunaan internet telah banyak meningkat. Beliau kini mahir menggunakan pelbagai jenis aplikasi internet untuk mencari bahan rujukan pembelajaran. Selain itu, beliau juga kini  mahir menggunakan aplikasi desktop publishing seperti microsoft office, powerpoint dan sebagainya.

 

dashboard 181120175

KISAH KEJAYAAN NOR DIANA AZHAR

CELIK IT

Nama : NOR DIANA AZHAR 
Umur : 14 TAHUN
Ahli : 2015

 

LATAR BELAKANG 

Adik Nor Diana Binti Azahar merupakan seorang pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau 1. Beliau merupakan anak bongsu daripada enam orang adik beradik. Beliau amat cenderung dalam bidang ICT dan amat pandai dalam menggunakan komputer. Beliau telah menjadi ahli di PEDi Taman Desa Puteri sejak 3 tahun yang lalu. Setelah menjadi ahli, banyak masa terluang dihabiskan di sini dengan melayari internet dan mencari bahan-bahan rujukan persekolahan. Setiap minggu, Diana akan hadir ke kelas komputer yang diadakan di sini. Bermula daripada asas komputer, kini beliau boleh dikatakan mahir menggunakan aplikasi komputer seperti Microsoft office, powerpoint dan lain-lain lagi. 

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PEDi

 

Sebelum ini, beliau kurang mahir dalam menggunakan komputer terutamanya aplikasi internet, desktop publishing, asas komputer dan sebagainya.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Selepas mendaftar dan mendapatkan latihan di PI, kemahiran beliau dalam pengunaan internet telah banyak meningkat. Beliau kini mahir menggunakan pelbagai jenis aplikasi internet untuk mencari bahan rujukan pembelajaran. Selain itu, beliau juga kini  mahir menggunakan aplikasi desktop publishing seperti microsoft office, powerpoint dan sebagainya.

 

WhatsApp Image 2018-03-13 at 4.15.02 PM

 

 

KEUSAHAWANAN - NORBIHA BINTI ISMAIL

 

MAKANAN TRADISI KOREA ( KIMBAB DAN KIMCHI )

 

Nama : NORBIHA BINTI ISMAIL   
Umur : 37 tahun
Ahli : 2016

 

LATAR BELAKANG

  • Puan Norbiha merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa yang menjalankan perniagaan menjual makanan tradisi korea iaitu kimci dan kimbap secara online. Idea untuk memasarkan produk secara online ini bermula apabila belia hadir ke Pusat Ekonomi Digital Taman Desa Puteri untuk mendapatkan perkhidmatan internet di sini. Sebelum ini, Puan Norbiha hanya menjual produk ini kepada jiran-jiran dan rakan-rakan sekitar taman sahaja selain menyediakan makanan tersebut kepada ahli keluarganya. Resipi turun temurun yang dipelajari daripada ibu mertua beliau yang  berasal daripada Korea ini telah dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan kepada beliau untuk membantu meningkatkan pendapatan keluarga.  

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDi

  • Pendapatan bulanan beliau hanya sekitarRM500.00 sahaja sebulan

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDi

  • Perniagaan beliau semakin maju dan pendapatan beliau meningkat daripada RM500.00 sebulan meningkat kepada RM 1000.00 sebulan.

 

nabiha 1 nabiha 2 nabihah 3