KEUSAHAWANAN - NORBIHA BINTI ISMAIL

 

MAKANAN TRADISI KOREA ( KIMBAB DAN KIMCHI )

 

Nama : NORBIHA BINTI ISMAIL   
Umur : 37 tahun
Ahli : 2016

 

LATAR BELAKANG

  • Puan Norbiha merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa yang menjalankan perniagaan menjual makanan tradisi korea iaitu kimci dan kimbap secara online. Idea untuk memasarkan produk secara online ini bermula apabila belia hadir ke Pusat Ekonomi Digital Taman Desa Puteri untuk mendapatkan perkhidmatan internet di sini. Sebelum ini, Puan Norbiha hanya menjual produk ini kepada jiran-jiran dan rakan-rakan sekitar taman sahaja selain menyediakan makanan tersebut kepada ahli keluarganya. Resipi turun temurun yang dipelajari daripada ibu mertua beliau yang  berasal daripada Korea ini telah dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan kepada beliau untuk membantu meningkatkan pendapatan keluarga.  

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDi

  • Pendapatan bulanan beliau hanya sekitarRM500.00 sahaja sebulan

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDi

  • Perniagaan beliau semakin maju dan pendapatan beliau meningkat daripada RM500.00 sebulan meningkat kepada RM 1000.00 sebulan.

 

nabiha 1 nabiha 2 nabihah 3