KISAH KEJAYAAN PN.NORMALA BINTI MOHD SAFIE

USAHAWAN ONLINE

Nama : NORMALA BINTI MOHD SAFIE
Umur : 33 TAHUN
Ahli : 2017

 

LATAR BELAKANG 

Puan Normala sebelum ini berkerja di sektor awam sepenuh masa yang merupakan ibu kepada 2 orang anak. Beliau merupakan anak jati Palong Timur negeri Sembilan yang telah menetap di bahau. Berbekalkan kemahiran dalam memasarkan produk yang beliau ada, beliau telah mengambil inisiatif untuk menjual produk dari Syarikat Sahajidah Hai-O untuk menjana pendapatan lebih beliau. Pada awalnya beliau melakukan perniagaan online ini secara sampingan, sekarang beliau menumpukan sepenuh masa dalam pernigaan online ini. Beliau juga telah banyak melahirkan usahawan-usahawan di kawasan setempat beliau.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PEDi

Pendapatan beliau sebelum ini adalah sebanyak RM1500 pada setiap bulan

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

setelah memasarkan produk secara online, beliau kini mampu memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM 5 000  sebulan.

 

MEL MARDIAH 1 MEL 2