Nama Hazratul Elani Binti Misdar
Umur : 30 tahun
Ahli : 2014

LATAR BELAKANG
 
Cik Hazratul Elani adalah seorang suri rumah tangga sepenuh masa, Beliau merupakan ibu tunggal. Sebelum ini beliau berkerja sebagai Pembantu Pembangunan Masyarakat selama lebih 5 tahun. Beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjaga 3 orang anak beliau dan meniaga menerusi online. Beliau mula mengunjungi PEDi untuk mendapatkan khidmat kami dari situ kami membantu beliau cara menggunakan komputer dan membina laman social untuk beliau. Beliau menjual produk kecantikkan dan pelbagai lagi barang di laman social beliau.
 
 
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDi

Sebelum ini pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM400 sebulan sahaja dan perniagaan beliau juga hanya dikenali oleh penduduk setempat sahaja. 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDi

Perniagaan beliau semakin maju dan pendapata meningkat kepada RM1500 sebulan.

 

ila 1 ila 2
ila 3
 

NAMA     : MAS AYU ABD MALEK

UMUR     : 35 TAHUN

AHLI       : 2018

 

LATAR BELAKANG

Puan Mas Ayu adalah seorang suri rumah tangga dan mempunyai 2 orang cahaya mata. Perniagaan ini mula dijalankan sekitar 4 tahun yang lalu. Idea untuk menjalankan perniagaan ini bermula dengan hanya suka-suka kerana beliau suka memasak pelbagai jenis makanan. Dari situ, perniagaan ini terhasil bermula daripada jualan dengan kawan-kawan yang mengenali beliau dan kawasan keliling rumah beliau. Setelah beliau menggunakan perkhidmatan di sini dengan membuka akaun facebook, beliau dapat meluaskan perniagaan secara online dari kawasan sekitar rumah hingga kini meluas ke sekitar Bahau, Jempol dan Kuala Pilah. 

 

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 300- RM400 sahaja. Pelanggan pula hanya komuniti berhampiran sahaja.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Ekonomi DIgital Taman Desa Puteri, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk jualan beliau. Daripada hanya 2 produk dan kini beliau menambah dengan pelbagai jenis produk lagi. Malahan pendapatan beliau bertambah kepada RM 1000 ke RM3000 sebulan.

 

Untitled 4
3 2

Usahawan makanan Online

Nama : PUAN ZUHAINI BAHARI
Umur : 45 tahun
Ahli : 2016

LATAR BELAKANG

Puan Zuhaini adalah seorang Surirumah Sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan ini sejak tahun 2018. Mulanya beliau hanya berniaga secara kecil-kecilan  untuk mengisi masa lapang di rumah dan hanya Komuniti setempat sahaja yang membeli jualan beliau. Berkat usaha beliau dari minat bertukar kepada menjadi sumber pendapatan sambilan beliau dirumah. Dengan menggunakan media social beliau dapat meluaskan perniagaan beliau keluar dari kawasan bahau. 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200- RM250 sahaja. Pelanggan pula hanya komuniti berhampiran sahaja.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Desa Puteri, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk jualan beliau serata tempat dan pendapatan beliau meningkat ke RM500 ke RM600 sebulan.

zuhaini 1 zuhaini 2
zuhaini 3

 

 

Usahawan Peniaga Online

Nama Saidatul Nuraisham Bt A.Kadir
Umur : 36 tahun
Ahli : 2017

LATAR BELAKANG

Puan Saidatul mula memulakan perniagaan ini sejak tahun 2017. Beliau merupakan seorang Surirumahtangga sepenuh masa kepada 3 orang anak. Untuk menambah pendapatan dan membantu suami, beliau memulakan pernigaan produk kecantikkan hanya di sekitar penempatan beliau dan kepada sahabat terdekat sahaja.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 300- RM400 sahaja. Pelanggan pula hanya komuniti berhampiran sahaja.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Ekonomi Digital Taman Desa Puteri, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk jualan beliau serata tempat dan pendapatan beliau meningkat ke RM500 ke RM600 sebulan.

 

saidatul saidatul3
saidatul 1 saidatul 3

USAHAWAN ONLINE

Nama : HALIMAHTUNSAADIAH ABD RAHMAN
Umur : 30 TAHUN
Ahli : 2009

 

LATAR BELAKANG

Puan Saadiah adalah seorang Surirumah sepenuh masa. Beliau Mempunyai 3 orang anak yang masih kecil. Beliau memulakan pernigaan dengan menjual roti dan kek sahaja dan mula berjinak-jinak berniaga makanan western dan membuat perkhidmatan menghantar dari rumah ke rumah. Beliau menjual pelbagai jenis menu dengan harga bepatutan. Pelanggan beliau terdiri daripada penduduk sekitar dan luar dari kawasan bahau. Beliau juga menerima tempahan untuk majlis2 besar mahupun kecil seperti majlis hari jadi hingga ke majlis perkahwinan. 

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitarRM1000 sebulan

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Perniagaan beliau semakin maju dan pendapata meningkat kepada RM2500 sebulan.

 

11 22
33