KISAH KEJAYAAN NOR DIANA AZHAR

CELIK IT

Nama : NOR DIANA AZHAR 
Umur : 14 TAHUN
Ahli : 2015

 

LATAR BELAKANG 

Adik Nor Diana Binti Azahar merupakan seorang pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau 1. Beliau merupakan anak bongsu daripada enam orang adik beradik. Beliau amat cenderung dalam bidang ICT dan amat pandai dalam menggunakan komputer. Beliau telah menjadi ahli di PEDi Taman Desa Puteri sejak 3 tahun yang lalu. Setelah menjadi ahli, banyak masa terluang dihabiskan di sini dengan melayari internet dan mencari bahan-bahan rujukan persekolahan. Setiap minggu, Diana akan hadir ke kelas komputer yang diadakan di sini. Bermula daripada asas komputer, kini beliau boleh dikatakan mahir menggunakan aplikasi komputer seperti Microsoft office, powerpoint dan lain-lain lagi. 

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PEDi

 

Sebelum ini, beliau kurang mahir dalam menggunakan komputer terutamanya aplikasi internet, desktop publishing, asas komputer dan sebagainya.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Selepas mendaftar dan mendapatkan latihan di PI, kemahiran beliau dalam pengunaan internet telah banyak meningkat. Beliau kini mahir menggunakan pelbagai jenis aplikasi internet untuk mencari bahan rujukan pembelajaran. Selain itu, beliau juga kini  mahir menggunakan aplikasi desktop publishing seperti microsoft office, powerpoint dan sebagainya.

 

WhatsApp Image 2018-03-13 at 4.15.02 PM