Nama : Muhammad Syahrul Nizam Bin Hisyam
Umur : 15 Tahun
Ahli : 2021

 

LATAR BELAKANG

Adik Syahrul Nizam merupakan anak jati Negeri Sembilan dan seorang pelajar yang bakal menduduki ujian Penilaian Taksiran 3 (PT3) di Sekolah Menengah Bahau, Negeri Sembilan. Beliau merupakan seorang yang pasif dan kerap menghabiskan masa hanya berada di rumah sahaja terutama apabila bermulanya sesi Pengajaran dan Pembelajar di Rumah (PdPR).

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Apabila kebanyakkan masanya lebih dihabiskan di rumah, beliau terlalu lebih meluangkan masa dengan menonton televisyen atau bermain permainan di telefon bimbit menyebabkan kedua-dua ibu bapanya risau memandangkan beliau bakal menduduki ujian PT3. Masa yang digunakan untuk belajar amatlah sedikit kerana kurangnya pengawasan.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Ekonomi Digital sedikit sebanyak membantu mengisi masa lapang adik Syahrul Nizam. E-Tuisyen yang dianjurkan oleh PEDi membantu adik Syahrul Nizam untuk belajar dengan lebih efisyen dengan adanya capaian internet yang pantas. Hari minggu beliau diisi dengan membuat latihan dan pemberian nota oleh guru E-Tuisyen. Hal ini secara tidak langsung, meningkatkan prestasi adik Syahrul Nizam kerana guru tuisyen turut kerap memberi tips menjawab soalan peperiksaan.

 

WhatsApp-Image-2021-08-28-at-9.03.24-AM WhatsApp-Image-2021-08-20-at-5.56.28-PM