Nama : Rozaity Binti Abdul Aziz
Umur : 32 Tahun
Ahli : 2019

 

LATAR BELAKANG

Puan Rozaity atau lebih dikenali dengan gelaran Kak Ety oleh penduduk setempat memiliki seorang suami yang merupakan usahawan pembaikan barangan elektrik di kawasan Taman Desa Puteri dan lima orang anak yang masih bersekolah. Beliau turut memiliki kemahiran menjahit baju yang mana beliau mengambil tempahan daripada penduduk sekitar. Namun begitu, minat beliau dalam menceburi bidang perniagaaan menyebabkan beliau memilih untuk menjual kambing perap yang dikenali sebagai Kambing Terbang.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Bermula dengan menjadi dropship beliau memerlukan usaha yang tinggi untuk mempromosi produk jualan supaya dikenali oleh komuniti setempat tetapi tanpa pengetahuan digital dan pemasaran yang efektif, beliau tidak mampu mengembangkan jualannya kerana persaingan yang tinggi dalam produk jualan makanan. Oleh itu, hasil jualan bulanannya turut rendah.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Dengan adanya bantuan daripada petugas Pusat Ekonomi Digital, beliau dapat menambah ilmu dalam bidang digital terutama cara-cara untuk mempromosikan produk jualan di Whatsapp komuniti dan media sosial. Hal ini secara tidak langsung membantu komuniti mengetahui produk jualan beliau dan menambahkan pendapatan bulanan. Sekarang beliau telah menjadi salah seorang ejen Kambing Terbang di Negeri Sembilan. Kemudahan internet dan bantuan petugas petugas juga dalam membantu beliau menyediakan penyata kewangan menggunakan Microsoft Excel memudahkan beliau dalam menjejak wang keluar masuk bagi perniagaan yang dijalankan.

 

WhatsApp-Image-2021-05-07-at-9.16.01-AM-5 2