Nama  : Nur Faizah Alya Binti Mad Raos
Umur  : 16 Tahun
Ahli : 2018

 

LATAR BELAKANG

Nur Faizah Alya anak jati Negeri Sembilan yang berasal dari Sendayan tetapi menetap di Taman Bahau kini seorang pelajar Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Bahau. Adik Faizah merupakan anak terakhir daripada 7 orang adik beradik.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDI

Mempunyai adik beradik yang ramai menyebabkan masa terluang banyak dihabiskan di rumah bermain bersama-sama adik beradik yang lain. Kurangnya pendedahan digital dan ICT akibat kekangan kewangan bagi menampung kos pendidikan yang tinggi.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDI

Namun apabila umur makin meningkat, abang dan kakak mula memasuki universiti meninggalkan adik Faizah seorang diri bersama kedua-dua ibu bapa di rumah. Oleh itu, dia kerap menghabiskan masa ke PEDi Taman Desa Puteri bagi mengasah kemahiran komputer dan menyiapkan tugasan sekolah. Kini dia dilantik sebagai Setiausaha Kelab Rekreasi dan Pelancongan di Sek. Men. Keb. Bahau.

 

3 4