Nama  : Harun Bin Che Man
Umur : 51 Tahun 
Ahli : 2014

 

LATAR BELAKANG

Merupakan seorang usahawan dalam menjalankan perniagaan baja, tapak semaian dan kontraktor pendawaian. Bekerja sebagai seorang kontraktor adalah secara sampingan sebelum turut menceburi bidang pertanian bagi menambah pendapatan.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Dalam kedua-dua perniagaan, beliau acap kali mempunyai masalah dari segi penyimpanan dokumen dan rekod wang keluar masuk. Hal ini menyebabkan, beliau gagal untuk mengembangkan perniagaan dan merebut peluang perniagaan yang ada.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Dengan bantuan dari PEDi, beliau belajar untuk membuat salinan setiap dokumen perniagaan dan berjaya menyimpan rekod dengan lebih teliti dengan menggunakan aplikasi Microsoft Excel. Beliau juga meperlajari kelebihan internet terutama dalam urus niaga jualan. Beliau menggunakan Shopee yang diperlajari dari kelas anjuran PEDi untuk meluaskan perniagaan ke negeri lain dan berjaya mendapatkan sambutan yang tinggi.

 

 5 6