Nama : Gunavathy A/P Anthony
Umur : 31 Tahun
Ahli : 2020

 

LATAR BELAKANG

Gunavathy menetap di Taman Desa Puteri selepas berkahwin. Mempunyai 2 orang anak yang masih bersekolah rendah memerlukan Gunavathy untuk mempunyai asas komputer bagi membantu anak terutama ketika Pendidikan dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Sebelum adanya penularan wabak Covid 19, Gunavathy jarang menjejakkan kaki ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) kerana tiada alasan untuk berbuat demikian lebih-lebih lagi, anak-anaknya melalui fasa persekolahan secara bersemuka.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Namun apabila berlakunya perubahan dalam persekolahan anak-anak, PEDi menjadi tempat untuk dia mengikuti kursus dan kelas online, carian maklumat dan melayari internet. Peningkatan dalam kemahiran mengguna komputer menyebabkan beliau dilantik sebagai setiausaha Persatuan Tamil Methodist Church Bahau.

 

1 2