KOLEJ KOMUNITI JEMPOL

Sejarah Penubuhan Kolej Komuniti Jempol

Kolej Komuniti Jempol merupakan sebuah institusi pendidikan awam yang terletak di dalam daerah Bahau, Negeri Sembilan Darul Khusus. Lokasinya yang strategik terletak di tengah-tengah kawasan komuniti yang membangun di antara pekan Bahau dan Bandar Seri Jempol. Kolej Komuniti Jempol merupakan kolej komuniti yang pertama ditubuhkan di Negeri Sembilan dan merupakan salah sebuah daripada 10 buah Kolej Komuniti rintis Kementerian Pendidikan Malaysia (Kementerian Pelajaran Malaysia) yang ditubuhkan pada 1 Jun 2002. 

Kolej Komuniti menawarkan pelbagai bidang teknikal dan vokasional yang menepati kehendak pasaran semasa. Ia juga menjadi laluan alternatif untuk pelajar lepasan SPM, selain menyediakan pendidikan sepanjang hayat dalam program pembangunan komuniti setempat yang mempunyai kemahiran dan berpengetahuan tinggi. Seiring dengan perkembangan pesat dunia pendidikan, pelbagai program keperluan industri disediakan oleh Kolej Komuniti Jempol melalui program Sijil Modular Kebangsaan.

Matlamat pelaksanaan kursus pendek adalah untuk meningkatkan kemahiran dan taraf sosio ekonomi melalui program pembelajaran sepanjang hayat yang fleksibel. Peserta program ini terdiri daripada pelajar, penjawat awam, pekerja swasta serta komuniti setempat.

Kolej Komuniti Jempol berperanan melahirkan graduan separa profesional dalam bidang atau kursus yang ditawarkan bagi menampung keperluan tenaga kerja serta membantu negara dalam merealisasikan wawasan untuk menjadi sebuah negara industri menjelang tahun 2020.

kolej komuniti




Tabika Perpaduan Taman Bahau


Tabika Perpaduan Taman Bahau adalah program Taman Bimbingan Kanak-kanak yang dianjurkan oleh KEMAS di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.Aktiviti kokurikulum termasuk kelas Fardhu Ain/Iqra, bahasa Inggeris and lawatan pendidikan.

tabika aktiviti tabika


 

 

Sekolah Kebangsaan Jempol.

 

Sekolah Kebangsaan Jempol telah mula dibina pada penghujung tahun 1890-an. Ia merupakan sekolah Melayu yang pertama dibina di kawasan Jempol. Mengikut cerita Tn Hj Ismail, (Imam Masjid Kariah Kg Kuala Jempol dan penduduk tertua Kg Kuala Jempol) tapak asal Sekolah Kebangsaan Jempol terletak di Kampung Cacar (500 meter dari tapak Sek. Keb. Jempol sekarang). Jumlah murid yang bersekolah pada penghujung tahun 1890-an, terdapat seramai 15 orang murid dan 4 orang tenaga pengajar. Terdapat dua sesi pembelajaran yang dijalankan ketika itu iaitu sesi persekolahan pada waktu pagi dan kelas agama pada waktu petang. Sehingga kini, SK Jempol telah banyak berubah. Anda pasti dapat melihatnya sendiri.

Tahap pelajaran tertinggi ketika itu adalah Darjah Empat. Antara keluarga diraja yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jempol ialah Tunku Abdul Rahman iaitu yang dilantik sebagai Yang Dipertuan Agung pertama Tanah Melayu. Mata pelajaran yang diajar ketika itu lebih tertumpu kepada Bahasa Melayu, Jawi, Ilmu Hisab, Agama Islam, ilmu bercucuk tanam dan Ilmu anyaman.

Antara Guru Besar yang pernah berkhidmat sekitar tahun 1930 hingga 1940 ialah Tn. Hj Arsad Bin Lajim, Tn. Hj Bador Bin Hassan dan Tn. Hj Sulaiman Bin Hadi. Pn Hajah Noraini Bt Ahmad merupakan guru besar yang telah berkhidmat sejak tahun 2009 sehingga kini.

Sekolah Kebangsaan Jempol.
Kod              : NBA 6004
Gred             : A
Kategori       : Luar Bandar
Telefon/Faks : 064544845
E-mail           : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
web              : www.jempolsk.cjb.net