Events Calendar
NAMA PROGRAM : KLIK DENGAN BIJAK
TARIKH : 26 OGOS 2015
MASA : 2:00 HINGGA 5:00 PETANG
PENERANGAN:-
Program Klik Dengan Bijak (KDB) merupakan program yang telah dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia (KKMM) yang bertujuan untuk memberi kesedaran tentang keselamatan melayari internet. Dalam program inim seramai 300 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tahun 3 hingga 5 dan juga disertai oleh guru-guru daripada Sekolah Kebangsaan Kg Senaling.
Dalam program ini, taklimat pendek telah diberikan oleh petugas Pusat Internet 1Malaysia kepada murid-murid dan guru-guru tentang bahaya penyebaran maklumat palsu serta kesannya. Selain itu juga, petugas juga memberikan penerangan tentang bahaya alam siber pada masa kini yang harus dititikberatkan oleh pelbagai pihak terutamanya di kalangan murid sekolah.