Events Calendar
TARIKH : 31 JULAI 2015 | JUMAAT
MASA : 2:00 HINGGA 6:00 PETANG
TUJUAN
-Mempromosi aplikasi My-Health kepada komuniti seperti Tekanan Darah, BMI dan Berat Badan.
-Meningkatkan keahlian baru PI1M-
-Meningkatkan Kesedaran Kesihatan Kepada Komuniti
-Melibatkan penyertaan Ahli Skuad Sukarelawan PI1M dalam aktiviti PI1M.
AKTIVITI UTAMA
-Pemeriksaan Kesihatan Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
-Ujian Pap Smear
-Taklimat i Health
PENERANGAN PROGRAM
Program i health day merupakan program 1/2 hari yang bertujuan untuk mempromosikan Pusat Internet 1Malaysia sebagai lokasi pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, bmi dan juga berat badan. Ianya telah dirasmikan oleh DSP (B) Tuan Haji Jamaluddin Jamin yang merupakan Ahli Majlis Daerah Jempol dan juga merangkap Ketua Umno Cawangan Taman Desa Puteri. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah diadakan sepanjang program ini berlangsung,antaranya termasuklah pemeriksaan kesihatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, Ujian Pap Smear untuk kaum wanita amnya dan juga taklimat i-health kepada komuniti setempat.
Selain bertujuan mempromosikan PI1M sebagai lokasi pemeriksaan kesihatan, program ini jugaa bertujuan untuk menignkatkan keahlian pi1m dengan penyertaan komuniti dalam pertandingan yang telah diadakan. Selain itu juga, program ini amat berkesan untuk memberi kesedaran kepada komuniti untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan.
Antara aktiviti sampingan yang telah dijalankan sepanjang program ini adalah :-
-Pertandingan Mewarna Kanak-kanak Tadika Perpaduan Taman Bahau
-Meneka Jumlah Kacang Hijau
-Pertandingan Menaip Pantas
-Cabutan Bertuah
-Jamuan Hari Raya
GAMBAR SEKITAR PROGRAM I HEALTH DAY
|
|